RESEPI PROSPERITY PATTY DAGING/ AYAM

RESEPI PROSPERITY PATTY DAGING/ AYAM
RESEPI PATTY DAGING/ AYAM
(Sukatan/kuantiti bahan boleh adjust dan agak-agak mengikut anggaran sendiri)
BAHAN
2 keping Daging/Ayam Kisar Ramly
(Daging lagi sedap)
1/2 biji bawang Holland (potong dadu halus)
2-5 ulas Bawang Putih
1 biji telur
1/2 cawan White Bread Crumb
3-5 sudu serbuk black pepper halus
1st oregano
1st theme

CARA BUAT
1.Gaul semua bahan hingga sebati
2.Bread crumb tambah sedikit demi sedikit jika nampak adunan daging tadi belum boleh digumpal/dibentuk3.Perapkan sekurang-kurangnya setengah jam
4.Timbang 130g dan bentukkan menjadi bentuk patty daging bujur.5.Letakkan patty yang dibentuk di atas plastik yang disapu nipis minyak.(ini memudahkan kita nak alihkan patty utk di grill nanti.
6.Panaskan kuali dan letakkan sedikit butter untuk masak patty daging.


RESEPI BLACK PEPPER SOS
(Sukatan/kuantiti bahan boleh adjust dan agak-agak mengikut anggaran sendiri)
BAHAN
1-2 sb Butter
1/2 biji Bawang Holland (cincang halus)
2sb Tepung Gandum
3-5 sb Black Pepper halus
1sb Black Pepper tumbuk kasar1/2 cawan air (asjust sukatan air jika nampak pekat)
1-2 sb Black Pepper Sos
1-2 sb Sos Tiram
Sedikit garam kalau kurang masin

CARA BUAT
1.Panaskan kuali dan masukkan butter hingga cair
2.Masukkan tepung gandum.Kacau jangan berketul
3.Masukkan black pepper halus dan black pepper kasar
4.Masukkan air.Kacau hingga tiada tepung berketul
5.Masukkan Sos tiram dan sos black pepper
6.Perasakan sedikit garam
**Sos ini akan menjadi semakin likat/beku apabila sejuk.Boleh tambahkan air panas sedikit hingga dapatkan kelikatane yang dikehendaki.
**Sebaiknya jangan terlampau cair sos ini,kerana ia akan disalut dengan daging
CARA HIDANGKAN
1.Celup Kan Daging patty tadi ke dalam sos black pepper
2.Letakkan di atas roti homemade yang telah telah dibelah 2
3.Taburkan hirisan bawang
4.Selfi dan makan
Selamat Mencuba.. Semoga Perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Ketik LIKE dan SHARE agar ramai boleh mencuba.

kredit resepi :Hantu Makan

Catat Ulasan

0 Ulasan