Lontong Kering Popular Di Johor

Lontong Kering Popular Di Johor


Pernah dengar tak Lontong Kering??. 


kalau kat JB lontong kering juga adalah salah satu menu yg cukup popular. Tapi biasa jual di sebelah pagi aje.. orang buat tuk sarapan. 

Tapi menu ni agak berat sebenarnya tuk BF tapi sangat sedap! kalau kat Johor ni yg ita tau lah sekarang yang jual lontong kering ni kat Hutan Bandar JB. Tempat lain tak tau lah ada tak jual.

RESEPI LONTONG KERING

RENDANG AYAM


1ekor ayam - potong ikut suka
2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit - mayang halus atau disiat2
2 helai daun limau perut - disiat2
garam dan gula - secukupnya
3 keping asam keping
1 buku gula melaka
rempah tumis (4 sekawan)
3 batang serai - dititik

Bahan Kisar

10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
25 biji cili api
2 helai daun limau perut dan sehelai daun kunyit di kisar bersama bahan diatas

Ayam dibersihkan dan potong kecil. Basuh dan toskan. Kemudian digaul dgn garam dan kunyit dan digoreng 3/4 masak. ketepikan


Kemudian tumis rempah tumis. Masukkan semua bahan-bahan yg dikisar ke dalam kuali besar bersama2 serai yg dititik dan tumis hingga garing dan harum. 


Masukkan santan. 


Masukkan gula melaka biarkan ia cair pas tu masukkan asam keping , kerisik, garam dan gula secukup rasa.


Setelah mendidih barulah masukkan ayam. 


Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya pekat dan naik minyak.
Rasakan garam dan bila telah pekat taburkan daun limau perut dan daun kunyit. Biar sekejap.
Siap untuk hidangan.

SAMBAL TUMIS UDANG TOK YAH
1/2 kg udang - dibuang kepala dan ekor, dibasuh gaul dengan garam dan goreng sebentar agak2 merah aje...jangan sampai garing tau! angkat dan ketepikan

1/2 cwn air asam
1 sudu teh garam
secubit pak aji
5 sudu makan gula boleh tambah boleh kurang tapi kalau sambal ni manis sikit sedap!
1/2 cawan minyak masak

Bahan Kisar
RM 1.00 lada kering - direndam hingga kembang basuh dan toskan
15 ulas bwg merah
6 ulas bwg putih
belacan sebesar duit 50 sen

Tumiskan bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau. Tumis biar lama sikit tapi jaga jangan sampai hangus.
Masukkan air asam , gula , garam dan pak aji secukup rasa. Biarkan merenih.
Akhir sekali masukkan Udang biarkan sebentar siap utk di hidangkan.

SAYUR GORENG ALA JAWA
4 keping tempe - dipotong dadu dan digoreng
3 keping tauhu - dipotong dadu dan digoreng
10 gm suhun - direndam
Kacang panjang - dihiris serong
10 ekor udang - dibuang kulit
1keping tauhu kering - direndam dan dipotong
4 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu kicap manis
1 batang cili - dihiris
1 inc halia - dihiris halus
garam secukup rasa

Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga garing dan harum. Setelah itu masukkan udang, kacang panjang, suhun, tauhu kering, tauhu, tempe, cili dan gaul rata. Kemudian masukkan kicap manis bersama garam.

SERUNDING KELAPA

1 biji kelapa parut - ambil putih sahaja dan pilih kelapa yg agak muda
10 tangkai cili kering
1 inc halia
3 batang serai
1/2 inc lengkuas
1/2 cawan udang kering
1 cawan ikan bilis
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 inc belacan
1/2 inc kunyit
1/2 cawan air asam
garam dan gula secukup rasa

Kisar kesemua bahan diatas kecuali kelapa. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan kering. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula rasakan semuanyer biarkah secukup rasa. masaklah hingga kuah pekat dan kering. 


Setelah garing masukkan kelapa dan masak hingga betul2 kering dan berderai.

kredit resepi:Azlita Aziz

Catat Ulasan

0 Ulasan