Asam Pedas Johor ,Sekali Rasa Pasti Nak Lagi

Asam Pedas Johor ,Sekali Rasa Pasti Nak Lagi

Bahan – bahan:
2 biji bawang merah besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 1/2 inci halia (dikisar)
1 inci kunyit hidup (dikisar)
1 senduk penuh cili kering yang telah dikisar
Sedikit belacan
Nota: ikut rasa masing – masing, tak letak pun tak apa, jika letak, masukkan dalam bahan yang dikisar
Ikan pilihan anda
1 sudu kecil lada hitam (dikisar)
1/2 cawan air asam jawa pekat
Daun kesum
1 – 2 kuntum bunga kantan
1 cawan air biasa
Garam secukupnya
Cara – cara memasak:
Panaskan minyak dan masukkan bahan – bahan dikisar tadi, tumis sampai naik bau.
Masukkan cili kering yang telah dikisar dan tumis sampai pecah minyak.
Apabila bahan tumis tadi pecah minyak masukkan air asam jawa,
Tunggu sehingga didih kemudian masukkan bunga kantan/daun kesum
Masak sehingga naik bau. Akhir sekali, masukkan seekor ikan yang telah dikerat dan garam secukup rasa.
Nota:
Boleh letak bendi, tomato.
Boleh tambah sedikit air sekiranya kuah agak pekat

Catat Ulasan

0 Ulasan