Agar-Agar Neapolitan Buat Peminat Susu

Agar-Agar Neapolitan
Agar-agar buat peminat susu 
BAHAN

Anda perlu guna 1 paket (10g) serbuk agar-agar warna clear Cap Swallow Globe. Satu lapisan guna 1/3 paket iaitu lebih kurang 1 1/4 sudu kecil.
Lapisan strawberi:
• 1/3 paket serbuk agar-agar warna clear Cap Swallow Globe
• 1/2 kotak besar (500ml) susu UHT perisa strawberi Dutch Lady
• 1 sudu besar gula putih halus
Lapisan vanilla:
• 1/3 paket serbuk agar-agar warna clear Cap Swallow Globe
• 1/2 kotak besar (500ml) susu UHT penuh krim Dutch Lady
• 4 sudu besar gula putih halus
• 1 sudu kecil perisa creamy vanilla
Lapisan coklat:
• 1/3 paket serbuk agar-agar warna clear Cap Swallow Globe
• 1/2 kotak besar (500ml) susu UHT perisa coklat Dutch Lady
• 1 sudu besar gula putih halus
Lain-lain:
• 1 acuan bulat berlubang berdiameter 8.5 inci atau bekas berkapasiti 1500ml
CARA
Buat lapisan strawberi:
Dalam periuk, masukkan semua bahan. Atas api sederhana, kacau bahan sehingga larut dan mendidih. Tapis dan tuang bahan ke dalam acuan. Biar lapisan strawberi memejal. Saya letak acuan dalam peti sejuk bahagian chiller selama 30 minit. Kemudian cakar permukaan lapisan strawberi guna garfu. Langkah ini membolehkan lapisan seterusnya melekat dengan baik.
Buat lapisan vanilla:
Dalam periuk, masukkan semua bahan kecuali vanilla. Atas api sederhana, kacau bahan sehingga larut dan mendidih. Tutup api. Masukkan vanilla, kacau sebati. Tapis dan tuang bahan ke dalam acuan, atas lapisan strawberi. Biar lapisan vanilla memejal. Saya letak acuan dalam peti sejuk bahagian chiller selama 30 minit. Kemudian cakar permukaan lapisan vanilla guna garfu.
Buat lapisan coklat:
Dalam periuk, masukkan semua bahan. Atas api sederhana, kacau bahan sehingga larut dan mendidih. Tapis dan tuang bahan ke dalam acuan, atas lapisan vanilla.
Sejukkan agar-agar:
Letak acuan dalam peti sejuk bahagian chiller selama 2 jam atau sehingga agar-agar set dan sejuk sepenuhnya. Kemudian telangkupkan agar-agar atas pinggan. Sedia dihidang.
NOTA
1. Resepi ini menghasilkan agar-agar sederhana lembut yang sedikit wobbly bila disentuh. Manis tahap sederhana pada citarasa saya.
2. Dalam gambar tu warna agar-agar kelihatan agak soft disebabkan cahaya matahari lewat petang yang kekuningan. Warna sebenar lebih terang iaitu warna asli susu kotak.
3. Saya beli acuan dan perisa creamy vanilla di kedai barangan bakeri.
4. Perisa creamy vanilla cecairnya lebih pekat daripada perisa vanilla biasa.
5. Saya suka buat 2 adunan (2 acuan) serentak untuk habiskan ketiga-tiga kotak susu tanpa perlu simpan baki susu.
6. Jika anda ingin buat perubahan ke atas resepi ini, terpulang kepada kreativiti anda. Hasilnya mungkin sama, mungkin tidak.
7. Jika ada sebarang penambahbaikan, saya akan kemaskini resepi ini.
8. Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat dan anda ingin share, silakan. Selamat mencuba.
kredit resepi:Fatin Tinfa

Catat Ulasan

0 Ulasan