Ikut Petua Lama Ini,Ikan Tak Hanyir Lagi

 Ikut Petua Lama Ini,Ikan Tak Hanyir Lagi
Bila bercakap soal petua di dapur memang banyak, dan salah satunya soal hendak hilangkan bau dan rasa hanyir ikan.



Di sini dirangkumkan beberapa petua tersebut untuk mudahkan anda.Jom semak untuk info bersama.

Hari ini saya mahu berkongsi dengan anda petua orang dulu-dulu (nenek moyang kita) cara untuk hilangkan hanyir ikan sekaligus mengurangkan lendir.

Jangan risau, bahan-bahan yang digunakan untuk hilangkan bau hanyir ikan tidaklah rumit. Hanya menggunakan barang-barang yang mudah didapati di dapur-dapur.

5 antaranya adalah seperti dibawah :

1.GARAM
Setelah ikan siap disiang dibuang perut dan dibasuh. Ambil beberapa sudu garam dan gaulkan pada ikan. Teknik ini memang berkesan untuk mengurangkan bau, mematikan kuman dan menghilangkan lendir. Kelemahan pada teknik ini, kebiasannya rasa manis pada ikan akan berasa kurang.

2. ASAM JAWA
Salah satu cara hilangkan bau hanyir ikan adalah lumurkan asam jawa pada ikan yang telah siap dibersihkan. Boleh juga ditambah air dengan merendam ikan terbabit. Cara ini memang berkesan untuk menghilangkan bau hanyir ikan dan lendir.

3.SERBUK KARI
Teknik yang sama digunakan seperti cara melumur. Tetapi disebabkan serbuk kunyit adalah dalam bentuk serbuk, Bagi membuatkan serbuk kunyit kelihatan pekat dan melekat pada ikan. Sebaik-baiknya ikan tersebut ditapiskan dan gaulkan serbuk kunyit ke dalam ikan yang berada didalam tapis kerana tiada air yang terperangkap dan membuatkan serbuk kunyit menjadi cair.

4.LIMAU
Jika ada limau purut lagi bagus. Jika tak, gunakan limau nipis. Caranya potong limau. Kemudian gososkkan limau yang telah dipotong tadi ke atas semua badan ikan sehingga bahagian dalam ikan (bahagian perut yang telah kosong setelah dibuang). Gosok sehingga limau tinggal hampas.

5.CUKA MAKANAN
Selalunya teknik ini akan digunakan jika lendir pada ikan agak susah dihilangkan selepas dicuci berulangkali contohnya seperti ikan air tawar. Teknik ini tidak memerlukan perapan yang lama. Hanya bilas ikan dengan sekali lalu dengan cuka makanan. Sental-sentalkan kemudian terus basuh. Jangan biarkan ikan terkena cuka begitu lama.
Selamat mencuba.

Sumber : Cor Nadi

Catat Ulasan

0 Ulasan