KOLEKSI 7 RESEPI NASI YANG HARUS DICUBA..

1)nasi daging utara



Suami request buat kali kedua. Sedap sangat dia kata

Suami kata "Untungg kawen dengan orang Kedah, pandai masak"🤭

Nak RESEPI? Meh kak fana share. Tapi sukatan takdak naa. Kita main campak campak baling masuk periuk ja hahahah

Cara masak
------
Daging fresh rebus dulu

Rebus sekali kulit kayu manis + bunga lawang + jintan manis + buah pelaga + sedikit garam.

Rebus sampai daging tu separuh masak. Air rebusan tu kang nak guna buat masak nasi

Bahan nasi
--------
2 cawan beras basmathi (Beras rendam dulu sejam dgn sedikit garam bagi kembang)
3 cawan air rebusan daging (pakai cawan yg sama dgn sukatan beras.
1 cawan beras = 1 setengah cawan air)
Minyak sapi
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lada hitam
Serai
Serbuk kari daging (tak payah byk)
Serbuk kurma (letak lebih sikit utk sedap)
Serbuk kas kas (sedikit shj)
Garam
Buah tomato
Daun ketumbar

Cara buat
-----
Mula2 tumbuk bawang merah + putih + halia.

Tumis bahan tumbuk td dgn mnyk sapi dalam periuk sampai agak garing.

Masuk rempah kurma + sedikit rempah kari daging + serai + lada hitam yang ditumbuk + garam + serbuk kas kas + sedikit air. Tumis sampai pecah minyak

Masuk 3 cawan air rebusan daging.

Kemudian masuk beras yg direndam tadi. Tos dulu buang air. Kacau2 skt beras tu dlm periuk.

Bila nasi dh agak masak. Masuk daging yg direbus yg dah empuk dan daun ketumbar dlm periuk. Kacau2 biar masak bersama nasi. Tutup api. Siap !!!

Bahan utk air asam
-----
Cili padi
Asam jawa
Garam
Belacan
Kerisik
Buah tomato
Bawang kecil

Cara buat
---
Tumbuk cili padi + garam + belacan smpai agak lumat

Kemudian masukkan dlm mangkuk. Perah air asam jawa pekat2. Gaulkan dgn cili tumbuk tadi. Potong bawang dan tomato nipis2. Boh sekali dlm bahan cili. Last sekali boh kerisik sikit. Yummmm sedap.

Makan panas-panas sedap gila baq hang !! Laki panggil pun tak perasan dah hahahh

Hangpa nak share silakan. Kak fana halalkan ilmu.

Ikut betoi2 tau. Kalau tak jadi jangan mai serang cheq pulak. Cheq bagi resepi betoi dah🤣

Selamat mencuba !!

Kredit Resepi : nor farhanq


KOLEKSI 7 RESEPI NASI YANG  HARUS DICUBA..

2.Nasi Hujan Panas


Kita buat nasi hujan panas hari ni..tp xtau la knapa namanya mcm tu..trpikir apa yg panas,apa yg hujannya

Resepi kt bawah ye..

Bahan-Bahan:
3 cawan beras basmati (cuci bersih dan toskan)(sy tak rendam beras dulu ye)
3 cawan air
1 cawan susu cair
4 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1cm halia (kisar)
Rempah 4 sekawan (B.lawang, cengkih, pelaga, kulit ky manis)
Minyak/Mentega
Pewarna merah,ijo n kuning
Garam dan serbuk perasa
Hirisan daun bawang & bawang goreng.

Cara2:-
*Panaskan minyaki,tumis 4 sekawan dan juga bahan2 kisar hingga naik bau.Masukkan mentega..
*Perasakan dgn garam dn serbuk perasa.
Masukkan air(ikot sukatan beras,klau 3 cwn beras,3 cawan air).
*Masukkan beras dan susu cair dan gaul sebati.Biarkan nasi masak mcm biasa dlm rice cooker.
*Bila nasi dh kering,titiskan pewarna merah, kuning dan ijo(ikot citarasa masing2)
*Tutup semula periuk dan tunggu smpai nasi masak.
*Bila nasi dah masak,gembur2 kan dan tabur la daun bawang/daun sup dan bawang goreng..
#daun_padan tu sepatutnya tumis skli tp disebabkan terlupa,simpul buat hiasan ajela

Kredit Resepi : muhammad azhari via mahn



Nasi tomato

Bhn2
7 cwn beras basmati basuh dan rendam selama 1/2 jam
10.5 cawan air biasa
1 tin susu cair
1 tin tomato puree
2 labu bwg holand
4 biji tomato
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
Sedikit minyak sapi
Sedikit minyak masak biasa
Gula dan garam
Akar daun ketumbar

Cara2
Bahan tumis
Panaskan minyak biasa +minyak sapi
Tumis kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih
Masukkan bwg holand ,tomato dan akar daun ketumbar
Tumis hingga wangi dan sedikit garing
Masukkan susu dan tomato puree
Masak hingga mendidih tambah gula dan garam

Alih kan ke dapur elektrik utk masak nasi
Masukkan 10.5 cawan air dan bahan yg telah ditumis sebentar tadi bersama 7 cawan beras yg telah direndam dan kacau sedikit
Tekan cook...masak seperti biasa
Bila masak tabur bwg goreng dan daun ketumbar
Boleh jgk tabur kismis jika suka

*sila guna cawan sama sukat air dan beras
Nisbah 1 cawan beras =1.5 cawan air

Kredit Resepi : mas salleh via mahn

Nasi Arab

Petang ni masak nasi arab versi simple. Kebetulan rumah Mak Mertua byk lagi rempah dan bahan masak tak terusik lepas wife kemas dapur dia pagi tadi.. so bahan² tu saya kidnap bawa balik rumah hehehehe.. jadi petang ni saya masak nasi arablah. Nasi arab ni saya buat versi ikut suka hati je dan kalau nak resepi saya dah tulis siap² kat bawah.

Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi

1 kg beras basmati (basuh dan toskan)
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)
2 ekor ayam (potong 4)
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)
*kalau xde serbuk jintan bleh gantikan dengan serbuk rempah sup adabi)
pewarna kuning
Bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
2 labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)
1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)

Bahan-Bahan Tumis
5 ulas bawang merah (kisar/mayam)
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
*tumis semua bahan² sampai garing.

Bahan-Bahan untuk Sos/sambal
Buah tomato masak
Cili merah
Bawah putih
air
garam
gula
*kisar semua

Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam

1) Sediakan air dalam periuk dan direbus terlebih dahulu sampai memdidih pastu boleh masuk ayam. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan sebab nanti air ni akan digunakan utk masak nasi.
 
2) letak bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.

3) Masukkan bahan-bahan tumisan & serbuk jintan ke dalam periuk ayam juga. perasakan dgn garam dan gula.

4) Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana.

5) Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu.

Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi

6) Cucikan beras sampai bersih.

7) Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.

8) Taburkan bawang goreng, kalau ada kacang peas dan kismis bleh letak semasa nasi masak... lagi sedap.

9) Masukkan sedikit pewarna kuning dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.

10) Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak.

11) Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.

12) Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan acar sayur, sos dan ayam.

Cara-Cara untuk Memasak Ayam

Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna kuning. Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam. Bakar sekejap dalam oven atau pan untuk dptkan texture luar yg garing sket sbb ayam dah sedia masak masa merebus.

Kredit Resepi : wan muhammad hafiz satar


5.Nasi Minyak Kampong


Akk share resepi pd yg nk cuba ya...simple je tp ank2 akk mmng suka..

Bahan:
3 pot beras basmathi(akk guna jasmin basmathi pusa gold)
5 pot air(1 pot d guna utk blend dgn bwng goreng)
2 sudu mkn planta(nk guna minyak sapi pun blh)
Kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga
Rempah sup bunjut adabi-1
1 genggam bawang goreng(mesin dgn air)
1 sudu mkn kismis
Garam n perasa
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*1/2 inci halia

Cara:
Blend bhn bertanda *
Panaskn rice cooker..masukkan planta
Tumis rempah 3 serangkai
Masukkan bhn blend..masukkan rempah sup bunjut
Masukkan kismis,garam n perasa
Masukkan bwng grng yg dh d blend dgn 1 pot air
Masukkan beras
Akhir skali masukkan lg 4 pot air..
Tutup periuk dan biar hingga msk..
Bila dh masak..kaiskn dgn garfu (utk elakkn nasi jd patah2)

Kredit Resepi : mazliza Ahmad


Full ,resepi dibawah silakan share saya halalkan

Hari ni..., buat utk tempahan. Alhamdulillah..., customer sngt puashati.. 



6.NASI TOMATO


Bahan-bahan ( 4-5org )
4cwn beras(dibersih dan ditoskn)
minyak sapi(kalau xada boleh guna
marjerin)
2 kuntum bunga cengkih
1/2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
1 biji bawang holland dicincang dadu
Setengah botol sos cili atau sos tomato(kalau nak warna nasi cantik letak lebih pun boleh)
Sebiji tomato dicincang dadu
Kiub ayam
Air utk masak nasi tu, sya guna stok ayam - masukkan sekali kaki ayam, ketulan ayam ataupun tulang ayam, supaya rasa nasi lebih mantappp....

Bahan kisar
2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang
merah dan 1 hiris halia

Cara-cara
Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan
tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit.
Masukkan bahan yang dah dikisar halus
Masukkan pula bahan yang dicincang dadu tadi
Kecilkan api dan tuangkan sos cili,masuk kiub ayam ,garam ..Biarkan
mendidih perlahan-lahan dan masukkan
beras.Kacau rata-rata selama 1-2 minit,masuk 1cawan setengah air,,(klu nak letak air lebih pun boleh ikut masing2,tp nsi da msk atas dapur agak kembang, letak air lebih nt nsi hncur)
Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar.
Kecilkan api, tanak nasi itu dengan bertutup hingga
masak,

AYAM MASAK MERAH
Bahan-Bahannya:
1/2 ekor ayam - digaul garam dan kunyit, digoreng separuh masak
5 sudu makan cili kering kisar
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
2 sudu besar gula merah/ gula pasir
1 biji bawang holland dipotong bulat
1batang serai di titik

Bahan kisar

1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
Cara Memasak:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar,,
2. Masukkan serai, tumis hingga wangi.
3. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis hingga agak masak
5. Masukkan garam Kacau rata.
6. Masukkan ayam yang dah di goreng. Kacau
rata biarkan sebentar sampai ayam betul2 masak,masuk bawang holland yang dipotong bulat gaul hingga bawang layu tutup api
7.tips nak ayam masak merah sedap serai dikisar bersama bahan kisar lain

ACAR TIMUN

Bahan bahan:
Nenas
Timun
Karot
Cili merah
Bawang besar
2 senduk gula pasir
Garam
Masukkan, gula dan garam dan dikacau hingga
hancur. Masukkan bawang besar yang dihiris, cili
merah dan karot yang dihiris halus. Akhir sekali
masukkan timun dan nenas. sesuaikan rasa,,
Siap untuk dihidang nasi tomato bersama ayam masak merah dan jeratah, selamat mencuba

Kredit Resepi : noraham norissamshah


Ni resepi nya ye

7.Nasi Kerabu Nenek
 


Utk nasi 
-1kg beras dan air secukupnya
-bunga telang blend dgn sdikit air kmdian tapis @ blh je guna pewarna biru
-masak nasi spt biasa

Utk tumis budu
-4 ulas bwg putih,6 ulas bwg merah,1 labu bwg besar, 1 inci halia, 2-4 btg serai dan cili kering ( blend semua bahan)
-1 cwn santan pekat
-1 botol kecil budu
-1 keping manisan
-2 keping asam keping
** tumis bahan blend smpai masak, masuk budu dulu baru masukkan santan,manisan dan asam keping...masukkan garam, 1 sudu gula dan ajinomoto.kacau smpai dia pekat..

Sambal ikan
- 1/2 kg ikan, rebus terlebih dahulu, sejukkan kmdian buang tulang
- msukkan ikan td dlm kuali tanpa minyak,kemudian masukkan serai yg dihiris halus dan sedikit gula. Kacau smpai btul2 kering..

Utk ulam
Bunga kantan, kobis, daun samak, daun kesum
( blh je letak ulam ape yg uolls suka)

Pelengkap nasi kerabu
Ayam bakar/ goreng, keropok, solok lada,telur masin dan sambal....
Yummy ðŸ˜‹ðŸ˜‹
Selamat mencuba

Kredit Resepi : afifi pauzi via mahn






Catat Ulasan

0 Ulasan