BUAT SENDIRI CHOCO JAR,BARU PUAS HATI

“Teringin pula nak makan chocolate rice yang dalam bekas tu. Mesti sedap, rangup-rangup, dengan rasa coklat lagi.
Tapi nak beli kat mana ye area ni. Selalu nampak orang jual online je…”
Sesekali teringin juga nak makan snek-snek dan makanan ringan begini. Sambil tengok TV atau sekadar melepaskan ‘gian’, choco jar tentu ada peminatnya sendiri.
Sebenarnya mudah saja cara membuat kudapan ini di rumah. Hanya menggunakan 3 bahan ringkas, anda boleh makan puas-puas. Jom tengok resepi perkongsian Eyka Azmi ini.
Buat Sendiri Choco Jar Dengan Hanya 3 Bahan, Baru Puas Hati Makan
Hanya 3 bahan yang diperlukan untuk resepi choco jar ini. Mudah sangat!
Bahan-bahan:
  • coklat Cadbury Milk
  • bubble rice
  • minyak masak
  • marshmallow / apa-apa topping (*optional)
Cara-cara
1. Goreng Bubble Rice Tanpa Minyak
Mula-mula, goreng bubble rice tanpa minyak di atas kuali dengan api paling kecil sekali.
Langkah ini penting untuk elakkan bubble rice lemau dan bubble rice akan sentiasa rangup.
                   
Bagi yang tak tahu, bubble rice begini boleh dibeli di kedai baking atau pasaraya seperti Mydin.
                            
2. Cairkan Coklat
Seterusnya, cairkan coklat Cadbury menggunakan teknik double boil.
1 bar coklat Cadbury campur dengan 2 sudu makan minyak masak. Ini untuk pastikan coklat menjadi cair.
Saya tak gunakan coklat masakan atau coklat compound sebab coklat akan keras bila suhu kembali sejuk.
                              
3. Masukkan Dalam Bekas
Kemudian, bolehlah layerkan bubble rice dan coklat yang sudah cair di dalam bekas.
                        
                       
4. Taburkan Topping
Akhir sekali, taburkan mashmallow di atas atau apa-apa sahaja topping yang anda suka.
                          
Sedapnya!
Wah, dah siap pun. Beginilah hasilnya. Tengok coklatnya yang melting pun dah rasa terliur.
           
Lain kali bolehlah cuba di rumah. Senang saja cara membuatnya. Hanya 3 bahan!

* Resepi choco jar ini disumbangkan oleh Eyka Azmi menerusi Facebook. Ia disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan boleh rujuk post asal 

Catat Ulasan

0 Ulasan