AYAM GORENG PEDAS KOREA STYLE

AYAM GORENG PEDAS ALA KOREA

Bahan A:
1 ekor ayam - di potong
1/2 cawan tepung kentang - boleh ganti ngan tepung jagung
1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji telur
1 sudu besar bijan (sangai tanpa minyak)
Bahan Sos:
1 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih
1/4 cawan hot pepper paste (sy pakai cili kisar jer)
1/3 cawan corn syrup
1/3 cawan sos tomato
1 sudu besar cuka
Cara-cara:
1)Ayam digaul bersama garam dan lada hitam, perap selama 30 minit.
2)Kemudian masukkan bahan2 lain dari Bahan A dan gaul rata bersama ayam hingga ayam bersalut rata
3)Panaskan minyak, dan goreng ayam secara deep fried selama 10 minit.
4)Keluarkan ayam, rehatkan selama 10 minit, dan kemudian, goreng sekali lagi selama 10 minit. (sy goreng sekali jer)
5)Dalam bekas yang lain, bolehlah sediakan sos.
6)Masukkan 1 sudu besar minyak, tumis bersama bawang putih yang dicincang.
7)Kemudian masukkan hot pepper paste, madu, sos tomato dan cuka.
8)Biarkan sehingga sos agak pekat dan sebati.
9)Masukkan ayam yang digoreng tadi kedalam kuali sos dan gaul rata.
10)Taburkan bijan dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!!

No comments