Mee Berkuah Sos Tomato Pastinya Menyelerakan

Mee Berkuah Sos Tomato Pastinya Menyelerakan
Meh tengok resepi ringkas mudah dan cepat ni.
Kot ianya kena dengan selera korang boleh laa masak bila tekak takmo makan nasi. Menu ringkas cepat siap amat sesuai bila takde masa nak bersilat di dapur. Buat kurang pedas, anak-anak pasti suka.
Bahan-bahan (2-3 Orang Makan)
Setengah paket mee kuning
Sekeping dada ayam dipotong kecil
Sawi, Kobis, Lobak Merah secukupnya
2 ulas bawang putih dicincang
2 biji telur
Sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah
2 sudu besar pes cili (nak pedas lebihkannya ye)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato (lagi sedap kalau guna pes tomato)
Air secukupnya
Cara penyediannya:
1- Basuh dan celur mee kuning. Ketepikan
2- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih hingga kuning. Masukkan pes cili kering dan tumis hingga masak.
3- Kemudian masukkan isi ayam. Tumis sekejap dan masukkan campuran sos dan air
4- Apabila mendidih masukkan sayur-sayuran. Kacau rata-rata. Masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.
5- Masukkan telur satu persatu. Jangan kacau kuah. Biar seketika hingga telur masak.
6- Kemudian masukkan mee kuning. Tambah bahan perasa jika perlu. Kacau rata lalu tutup api.
7- Boleh tambah daun bawang, bawang goreng, cili potong dan sepotong limau nipis semasa menghidang.
Selamat mencuba! Boleh kongsi-kongsi kalau suka.

Catat Ulasan

0 Ulasan