Sambal Daging Dendeng Berhantu.

Ni ha Resepi Sambal Daging Dendeng nya:

.
Bahan:
.
(A)
Daging lembu - 1/2kg
Kicap lemak manis
.
(B)
Halia - Besar ibu jari je (hiris)
Bawang besar - 1 biji (half hiris nipis, half guna untuk blend dengan cili kering)
Bawang kecil - 5-6 biji (half tumbuk, half guna untuk blend dengan cili)
Cili kering - 7-8 biji (Saya guna yang pedas tu amik sikit je.)
Cili boh - 3 sudu besar
Sos cili - 3-4 sudu besar
Gula dan Garam secukup rasa
Asam jawa - 1 sudu kecil (Saya guna pes je)
.
Steps Penyediaan:

.
(A) Sediakan Daging Dendeng.
.
1. Rebus daging sampai lembut.
2. Hiris daging senipis boleh.
3. Tumbuk daging dengan batu lesung biar nipis lagi asal jangan sampai hancur.
4. Lumur daging dengan kicap sekata.
5. Goreng daging dalam minyak yang dah dipanaskan sampai garing.
Daging tadi memang akan jadi hitam legam rangup. Sedaaaappp! 


.
(B)
.
1. Blend cili kerig dengan half bawang besar dan half jumlah bawang merah kecil.
2. Tumbuk half bawang kecil lagi skali ngan halia.
3. Guna minyak gorengan daging tadi je, tapi buang lah sket minyak tu untuk cukup cukup je buat tumis bahan sambal. Kang banyak sangat minyak berenang pulak daging uolls dalam minyak tu.
4. Masukkan bahan menumis, bawang ngan cili kering yang dah blend, bawang ngan halia yang dah tumbuk, cili boh, sos cili dan asam jawa.
5. Tumis sampai kering.
6. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
7. Dah nak kering sambal baru masukkan daging tadi. Gaul sampai sambal kering lagi.
.
Siap!
.
Sumber: fb fatin nabila AH.

No comments