BAHULU GULUNG UNTUK HIDANGAN DI HARIRAYA

BAHULU GULUNG UNTUK HIDANGAN DI HARIRAYA

Bahan untuk inti:


1 biji nenas saiz besar - diparut dan ditoskan airnya
2 sudu besar margerin
Gula secukupnya
Sedikit pewarna kuning

Cara:

1. Masak parutan nenas tadi bersama gula dan pewarna kuning. Rasakan manis yang dikehendaki.
2. Agak-agak hampir masak inti tadi tambahkan dengan margerin biar berkilat.
3. Kacau sebati, angkat setelah inti masak. Inti hendaklah disejukkan terlebih dahulu sebelum di sapu pada bahulu.

Bahan untuk bahulu:

3 biji telur - gred A
90gm gula halus
100gm tepung gandum - ayak
1/2 sudu kecil serbuk penaik - ayak
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara:

1. Pukul telur dan gula hingga benar-benar kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
2. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan gaul sebati.
3. Lenserkan kertas minyak yang di alas atas dulang pembakar saiz empat segi dengan margerin.
4. Tuang adunan tadi dan bakar pada suhu 180'C selama 15 minit pada api atas sahaja atau sehingga masak. Bergantung pada oven ye.
5. Setelah masak keluarkan bahulu dari acuan dan sapu jem nenas secara merata. Gulung dengan lembut.
6. Potong bahulu sebelum dihidang.

Catat Ulasan

0 Ulasan