HIDANGAN DARI SABAH....IKAN MASAK AMPAP
cara mudah dan pantas menyediakan boleh hilang diet juga la sedap dimakan bersama nasi panas-panas
Bahan2 dan cara memasak ada di setiap gambar
Kalau mahu lagi sedap pakai kunyit hidup
Bahan-bahan:
13 ekor ikan basung kecil2
Ikan basung juga dikenali sebagai ikan selayang
1 sudu serbuk kunyit
4 ulas bawang putih(dimayang)*
4 ulas bawang merah (dimayang)*
18 biji cili padi(kurangkan kalau tidak suka pedas)*
1 inci halia(dimayang)*
1 sudu besar asam jawa*
Garam,perasa secukup rasa
Minyak dan semangkuk air
Cara menyediakan
1.Siang,bersihkan dan toskan ikan
2.Sediakan periuk susun ikan
3.Masukkan bahan2 yang bertanda * bersama air asam jawa
4.Masak dengan api kecil
5. Pastikan ikan ditenggelami air,masak hinggah air ikan tu tinggal sikit , jangan sampai kering
6.Tunggu ikan masak dan sedia dihidangkan
Crdt : Lusia Eb
0 Ulasan