RESEPI AYAM MASAK INGKUNG MASYARAKAT JAWA.SANGAT BERJUS DAN LEMBUT ISINYA
Salah satu masakan tradisi masyarakat Jawa yang amat menyelerakan. Ayam dimasak seekor membolehkan dagingnya sangat berjus dan lembut
BAHAN:
Ayam- 1 ekor (cuci bersih, lumur dengan limau nipis, cuci semula dan ikat kaki serta bahagian dada. Saya ikat guna daun pandan)
Cili Besar - 3 biji*
Bawang merah- 8 biji*
Bawang putih- 6 biji*
Halia- 2 inci*
Kunyit hidup- 4 inci*
Cili padi- 4/5 biji* (jika suka pedas)
Buah keras - 6 biji* (sangai dahulu)
Kencur@cekur- 3 inci*
Lengkuas- 4 inci (ketuk)
Serai - 2 batang (ketuk)
Serbuk Ketumbar- 1/2 sudu makan
Serbuk Lada Hitam- 1 sudu makan (sy guna lada hitam biji blend sekali dengan bahan lain)
Daun salam- 6 helai
Daun limau purut- 6 helai
Santan pekat- 1 paket (sy guna santan segar)
Serbuk perasa
Garam
Gula pasir (sedikit sahaja)
Asam jawa
Minyak masak
CARA:
1. Kisar semua bahan bertanda * bersama sedikit air dan minyak sehingga halus.
2. Panaskan minyak. Masukkan serai dan lengkuas.
3. Masukkan bahan kisar, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam dan lumur rata semua bahan yang telah ditumis tadi. Masukkan rempah tumisan sedikit ke dalam perut ayam.
5. Masukkan santan dan air sehingga separuh ayam.
6. Masukkan daun salam dan daun limau purut.
7. Perasakan dengan garam, asam jawa, serbuk perasa dan sedikit gula.
8. Masak sehingga kuah memekat dengan api sederhana selama +-40 minit dan tutup periuk atau kuali. Sentiasa bolak-balikkan ayam supaya masak sekata.
Insyallah hidangan ini sangat MENYELERAKAN
Masyarakat Jawa selalu buat ini untuk bancaan, kesyukuran atau majlis-majlis istimewa. Memang sangat sedap dimakan bersama nasi putih atau Nasi Ambeng
Credit : Azlan Syazani Adanan
0 Ulasan