Resepi Botok-botok Makanan Kegemaran Keluarga Diraja Johor

Resepi Botok-botok Makanan Kegemaran Keluarga Diraja Johor
Masa balik Johor haritu, saya tolong Ummi (Cikgu Supini) masak satu menu orang Johor. Iaitu, botok-botok.


Saya ingatkan makanan orang Jawa. Ummi kata mungkin bukan. Tak pernah lagi jumpa di negeri lain walaupun kawasan orang Jawa.

Ummi belajar cara buat menu ini pun dari ibu kepada kakak iparnya yang dulu pernah jadi anak angkat kerabat diraja Johor. Banyak masakan yang dia belajar ikut cara istana.

Jadi bila makanan ni lalu kat tekak, ada feel sikit-sikit lah diri tu macam TMJ. Haha

.
Bahan-bahan resepi Botok-botok Diraja Johor: (Untuk 20 bungus)

A. Sambal/kuah

1. Bawang putih
2. Bawang merah*
3. Lada kering*
4. Serai 4 batang*
5. Lengkuas 1 inci*
6. Halia 1 inci*
7. Kunyit 3 inci*
8. Air asam
9. Serbuk kari
10. Garam
11. Kerisik
12. Daun kunyit
13. Santan

*Bahan dikisar.

B. Ulam-ulaman yang kami guna.

1. Pucuk ubi
2. Daun bebuas
3. Puding semangkuk
4. Puding kerinting

*Ini ulam yang boleh ditambah.

5. Daun kaduk
6. Pucuk betik.
7. Daun pegaga.
8. Daun selon
9. Ulam raja

C. Ikan
Tenggiri (Paling sesuai)
Ikan kembung (alternatif)

D. Daun pisang untuk bungkus.

.

Cara-cara memasaknya boleh lihat dan baca dalam setiap gambar ya...
Pertama sekali, sediakan kuah atau sambalnya.

Tumis bahan-bahan yang dikisar:
1. Bawang merah.
2. Lengkuas 1 inci.
3. Lada kering.
4. Serai 4 batang.
5. Kunyit 3 inci.
6. Halia 1 inci.

*Ummi pesan, serai tu lebih banyak dari lengkuas, halia dan kunyit.



Tumis sampai pecah minyak.Masukkan air asam
Masukkan serbuk kari daging. Nak lagi power boleh campur kari ikan.


Masukkan sedikit kerisik dan hirisan daun kunyit
Masukkan sedikit Santan.

*Kalau rasa macam pekat, boleh tambah air.
Ikan tenggiri yang paling sesuai. Boleh guna ikan kembung sebagai alternatif.



Ini adalah amalan bid'ah yang Ummi aku tambah sendiri. Haha. Iaitu mencelur segala ulam-ulaman tadi.

Katanya supaya mudah nak hiris dan susun nanti. Kalau buat sikit dia tak celur.

Tapi kalau dah adik beradik semua sorang nak dua bungkus, kena lah masak banyak. Huhu

*Ini rahsia kulit flawless semula jadi. Cewah





Hiris ulam-ulaman tadi. Besar ibu jari.

Ambil sejemput ulam dan letakkan atas daun pisang. Agak-agak setelungkup tapak tangan.

Letakkan sesudu sambal tadi. Bajet-bajetlah supaya kena dengan sukatan ulam.
Kemudian letakkan ikan tenggiri di tengah-tengah.
Jiruskan ikan tadi dengan sambal.

Kemudian, selimutkan sambal dan ikan tadi dengan ulam. Supaya dia tak berapa panas bila kena kukus nanti. Hihi


Kukus selama 1 jam. Siap!


*Dipersilakan SHARE dan TAG. Simpan dulu, masak kemudian. Hehe

kredit:Izzat Ibrahim

Catat Ulasan

0 Ulasan