Resepi Lontong Daun Pisang Untuk Suami
Paling cepat 2.5jam. Ikut saiz, kapasiti periuk dan jumlah muatan lontong yang direbus. Pastikan kepadatan dan masaknya adalah sekata bergantung pada jenis dan kapasiti periuk dan jumlah air yang digunakan.
Ini satu lagi juadah wajib yg dihidangkan ketika perayaan selain nasi impit, ketupat segera @ ketupat daun.
Biasanya dihidangkan bersama kuah kacang @ kuah lodeh . Rasanya yang sedap dan lembut dengan aroma daun pisang membangkitkan selera bagi yang meminatinya.
LONTONG NASI
Bahan-bahan :
(Untuk 16 gulung lontong)
(Untuk 16 gulung lontong)
1/2 kg Beras
Daun pisang
Lidi atau pencungkil gigi
Sedikit garam
Daun pisang
Lidi atau pencungkil gigi
Sedikit garam
Cara membuatnya :
1. Untuk membuat lontong gunakan beras biasa (bukan beras Basmati atau Thai Jasmin ye). Cuci beras hingga bersih dan toskan.
2. Basuh daun pisang dan lap kering atau jemur sehingga kering.
3. Potong daun pisang sepanjang 25 cm
Buat gulungan dengan diameter 4-5 cm, tutup dgn melipat hujung daun pisang dengan lidi atau pencungkil gigi disalah satu hujungnya
Buat gulungan dengan diameter 4-5 cm, tutup dgn melipat hujung daun pisang dengan lidi atau pencungkil gigi disalah satu hujungnya
4. Dengan bantuan pemegang senduk kayu, bentuk bahagian ujung daun sehingga kelihatan lebih bulat.
5. Isi dengan beras 1/4 bagian dari daun. Jgn terlalu byk. Jika terlalu banyak beras, lontong menjadi keras bahkan tidak jadi lontong nanti. (bagian tengah lontong menjadi nasi). Dan jika kurang pula, lontong menjadi lembik.
6. Lipat di penghujung daun dan tutup dgn lidi @ pencungkil gigi. Ulangi proses yg sama hingga habis.
6. Masukkan lontong ke dalam periuk @ rice cooker bersama sedikit garam, tambahkan air sampai menutupi lontong. Dan masak selama 2 jam @ sehingga lontong masak.
7. Setelah 2 jam, keluarkan lontong dari periuk dan toskan. Biarkan lontong sampai betul2 sejuk.
8. Bila dh sejuk, barulah dipotong dan dihidangkan bersama kuah kacang atau kuah lodeh.
Selamat mencuba dan Salam Aidiladha.
Nota resepi :
Masa memasak yg sempurna biasanya mengambil masa yg agak lama iaitu 6-10jam.
Masa memasak yg sempurna biasanya mengambil masa yg agak lama iaitu 6-10jam.
Paling cepat 2.5jam. Ikut saiz, kapasiti periuk dan jumlah muatan lontong yang direbus. Pastikan kepadatan dan masaknya adalah sekata bergantung pada jenis dan kapasiti periuk dan jumlah air yang digunakan.
Jika anda mengunakan pressure cooker, inshaa allah blh memendekkan masa memasak dengan cepat.
0 Ulasan