Semperit Red Velvet cheese.Enak rasanya

Semperit Red Velvet cheese..Enak rasanya
satu adunan dapat dlm 150 biji..

pakai acuan pecah 15 tembaga, hiasan coklat chip putih.. atau coklat manik
250g buttercup suhu bilik jangan terlalu cair nanti bunga samperit kembang setaman.
100g gula aising ( wajib ayak ) supaya senang nak tekan nanti tak tersekat di skala 5..
340g tepung jagung
40g tepung gandum/superfine
20g tepung beras
4 sb tepung custard
2sk elmco red valvet
50g cream cheese
4 sudu makan wipping cream @ susu pekat
1sk essen vanila
pewarna bright red kedai bakery ye.

cara-cara
pukui butter & gula guna spatula @ senduk kayu ajer.. sebati cukup jangan kembang nanti bunga jatuh.. pastu masukkan essen vanila dan red valvet elmco dan pewarna kacau sebati lagi ..

dalam bekas lain pukul cream cheese dan susu @ wipping cream sampai sebati tidak berketul.. cream cheese suhu bilik.

masukkan cream cheese dalam bekas butter dan gula tadi kacau sebati
satukan kesemua tepung tadi masuk dalam gula & butter , cream cheese tadi , masukkan sikit2 eh jangan semua.. uli sampai tak melekat di tangan tau.. jangan keras nanti tak oleh teknan adunan.. kalau terlalu lembik tmbah tepung jagung kalau keras tambah buttercup @ cream cheese

dah sebati adunan boleh menekan samperit.. lepas tekan biorkan 15 minit di luar baru bakaq..
suhu oven 170 masa 20_25 minit ikut jenis oven msing-masing yer..
inshaallah macam mana korang tekan sebelum bakar macam tu la bunga selepas bakar sikit tak kembang ..
kredit: siti solehah

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Terimakasih tips dan infonya,.
    http://bit.ly/2FuAoqX

    BalasPadam
  2. Trima kasih resepinya..saya dah buat biskut ni sgt ranggup.

    BalasPadam