PUDING BUIH BERKUAH RESEPI IBU

PUDING BUIH BERKUAH RESEPI IBU

BAHAN-BAHAN



PUDING

1 bungkus agar-agar tali (30gm)

6 gelas air

1/2 cawan gula

5 biji putih telur(asingkan kuning)

2 biji kuning telur

1 sudu vanilla

pewarna

Caranya:

1.Masukkan air ke dalam periuk bersama agar-agar dan masak sehingga mendidih (sejukkan)

2.Dalam bekas lain, masukkan putih telur dan putar dalam kelajuan paling maksimum sehingga menjadi kembang dan meringue(terbalikkan bekas agar meringue xjatuh)

3.Kemudian masukkan kuning telur satu per satu sambil pukul sehingga gebu.

4.Masukkan gula, vanilla dan pukul lagi.Akhir sekali, masukkan agar-agar tadi yang sudah sedikit sejuk ke dalam mixer perlahan-lahan.

5.Pukul lagi sehingga adunan sebati (perhatikan bahagian bawah supaya adunan tidak ada separate antara buih dan agar)

6.Masukkan pewarna dan tuang agar dalam bekas.
Sejukkan puding di dalam peti ais

p/s: Sangat penting untuk agar-agar sejuk sedikit dahulu kerana agar-agar yg panas akan merosakkan buih dan buih akan hilang dan puding akan jadi 2 bahagian, bawah agar dan atas buih.

KUAH CUSTARD

1 tin susu sejat (susu cair)

1½ tin air (guna tin susu sejat)

1sudu besar custard

3 biji kuning telur

3/4 cawan gula

1 sudu teh vanilla

Caranya:

1.Larutkan custard didalam air terlebih dahulu

2.Masukkan kesemua bahan di dalam periuk.Kacau sehingga mendidih dan naik bau.

p/s: pastikan jangan tinggal custard tanpa mengacau sebab custard mudah hangit di bahagian bawah kalau dibiarkan. Selepas mendidih, kacau dahulu sedikit untuk sejukkan kemudian baru boleh dibiarkan. Sejukkan dalam peti ais kerana puding ni sedap makan waktu sejuk

SELAMAT MENCUBA.....
sumber: Baking Too Teeth

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Terimakasih tips dan infonya,.
    http://bit.ly/2FuAoqX

    BalasPadam
  2. Hye tq sy share ye. Sy mintak izin dah bt video kat yotube cara msak. Boleh ke?

    BalasPadam
  3. Hye tq sy share ye. Mintak izin Dh bt vidoe cara msak kat youtube. Boleh ke?

    BalasPadam