Sambal Sotong Kembang Berkacang.Resepi Di Sediakan

 Ada caranya kalau nak masak sotong kembang ni.

Sedap nieeee....sambal sotong kembang berkacang.

makan dengan nasi lemak dan lontong nasi himpit.

Baru siap masak ni...

Sotong kembang ni ada dijual di Tesco.

Jual ekor asing dan badan asing.

RESEPINYA:

Sotong kembang 3 ekor

25 biji cili kering*

Bawang putih 2 ulas*

Bawang besar 2 biji*

Bawang merah 8 ulas*

* dimesin halus

Serai 1 btg diketuk

Gula 1 sudu

Garam

Serbuk perasa

Air asam jawa 2 sudu besar

Kacang tumbuk 3/4 cawan

Caranya

1. Sotong dibersihkan.dimasukkan kedalam kuali tanpa air. Birkan sotong mengeluarkan airnya sampai habis.Selepas air sotong dah kering baru boleh dipotong kepada saiz yg anda suka sebab nanti bila rebus sotong ini akan mengecil.

**( langkah ini adalah bertujuan untuk membuang kandungan air yg terdapat pada sotong sotong tadi dan langkah ini juga akan melembutkan isi sotong jenis ini. Kalau tk buat seperti ini,masakan/isi  sotong dari jenis ini akan menjadi liat/keras dan kuah sambal anda akan jadi cair).**

Cara masak:

Panaskan kuali.

Masukkan minyak. Minyak panas masukkan bahan kisaran tadi. 

Kacau sampai pecah minyak dan cili masak.

Masukkan serai, gula, garam, serbuk perasa dan air asam jawa tadi.masukkan 1/2 cawan air. Kacau lama dan mendidih , masukkan sotong. Kacau lg.biarkan didih.

Bila dah agak nk kering air masukkan kacang tumbuk(jika suka)

Kacau lagi.dan bila kacang sudah mulai kembang, rasailah. Apa yg kurang ditambahi.

Bila Dah pekat dan bersalut cantik..tutup api. Angkatlah.

PETUA RAHSIA

Masukkan potongan  sotong atau sekor sekor  kedalam periuk ( jangan dimasukkan air sebab nanti sotong tu akan keluarkan air dia sendiri). Biarkan air sotong tu kering sendiri.dah air kering tutup api.ketika ini sotong anda dah lembut dah...sedap untuk dikunyah nanti.

Selepas direbus baru boleh dipotong kepada saiz yg anda suka sebab nanti bila rebus sotong ini akan mengecil.

**PETUA PALING PENTING UNTUK MEMBUATKAN SAMBAL ANDA JADI SEDAP DAN LEMBUT SOTONGNYA.**

Rebus sotong tanpa menggunakan air.biar air sotong tu keluar sendiri 

sumber:Resepi masakan

Catat Ulasan

0 Ulasan