Resepi Daging Masak Ros.Untuk Makan Boleh,Kenduri Pun Boleh

 Resepi Daging Masak Ros.Untuk Makan Boleh,Kenduri Pun Boleh


Bahan

1 kilo daging dihiris nipis

Bahan kisar dengan secawan air.

2 biji bawang besar yang sederhana besarnya

4 ulas bawang putih

2 ruas jari halia

2 ruas jari lengkuas

3 biji buah keras

1 btg serai

1 biji tomato yang besar potong kecil dulu sebelum dikisar

10 batang cili merah besar/cili hidup

5 batang cili padi merah jika suka pedas,

*semua bahan di atas dipotong kecil dulu sebelum dikisar supaya mudah hancur.

Cara.

Tumis

2 btg kulit kayu manis sekejap kemudian masukkan

2 helai daun pandan yg panjang *disimpul dulu, biar sekejap sampai wangi,kemudian masukkan

2 btg serai *diketuk dulu,masukkan pula bahan kisar,

Masak biar smpi mendidih,kemudian baru masukkan daging.

Masak smpi daging empuk.*periuk kena sentiasa ditutup tudung sb masakan ini merecik.

Bila daging dah empuk masukkan,

5 helai daun limo purut, sekeping gula melaka, garam,serbuk secukup rasa megi.

Akhir sekali tambah

1 cawan susu cair, masak lagi sehingga lebih pekat,*api perlahan semasa ini.

Jika suka tomato tambah tomato ceri setelah api ditutup.

*Seeloknya bila kuah dah mendidih perlahankan api.

*Kuah daging kena adjust sendiri macamana nak,ok

credit : Makcik Ratu‎

Catat Ulasan

0 Ulasan