KUETIAU GORENG KERING,RESEPI PUN MUDAH AJE

KUETIAU GORENG KERING,RESEPI PUN MUDAH AJE
Selain mee kuetiau basah ramai juga yang suka makan jenis yang kering.
Untuk itu mari kita lihat bahan-bahannya.
Bahan-bahan yang diperlukan


1 mangkuk kue tiau
2 biji telur ayam gred B
1/2 mangkuk kecil taugeh
3-4 pohon daun kucai
5 biji cili hijau
5 ulas bawang putih
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
Sedikit kicap lemak manis
Garam dan gula secukup rasa


1. Panaskan minyak dan masukkan telur. Kacau sehingga telur tak berketul dan hancurkan telur awal berbanding letak di akhir sebab ia lagi sedap dan melekat.

2. Bila telur dah nampak garing, masukkan bawang putih dan cili hijau yang telah ditumbuk kasar.
3. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap tadi. Kacau sebati.
4. Tambahkan garam sedikit sahaja.
5. Letak gula jika suka. Selalu kalau goreng mee / kue teow kena letak sebab baru balance dan sedap.

6. Masukkan kue teow yang telah direndam, dibasuh, dibilas dan ditoskan.

7. Masukkan sayur taugeh dan daun kucai. Kacau sehingga ia sebati.
8. Hias timun dan perah limau jika suka.
Siap, selamat mencuba..

Kredit resepi : Dapur Cheyah

Catat Ulasan

0 Ulasan