RESEPI KUIH SERABAI BERSAMA KUAH DURIAN

RESEPI KUIH SERABAI SEDAP SANGAT CICAH KUAH DURIAN

Memandangkan sekarang adalah musim durian,maka banyaklah resepi yang berasaskan durian
Semuanya sedap2
Kuih Serabai
2 cawan tepung beras
3/4 cwn nasi sejuk*
1 cwn air*
1/2 cwn santan
1/2 cwn air suam
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
-kisar bahan bertanda* iaitu nasi sejuk dengan 1 cwn air
-sementara itu masukkan yis ke dalam air suam
-campurkan semua bahan diatas kedalam 1 mangkuk
-perap selama 2 jam
-panaskan pan@acuan dengan sedikit minyak boleh la masukkan adunan
-tutup dengan tudung periuk..api sederhana sementara nak tunggu permukaan atas masak

Kuah Durian
Durian secukupnya
Gula melaka@gula merah
Santan pekat
Sedikit garam
-campurkan semua bahan2 di atas dalam 1 periuk masak dalam api sederhana..
-sentiasa kacau agar santan tak pecah minyak(saya suka guna santan kotak lebih pekat)
Siap..Selamat Mencuba
Kredit: Ibu Resepi

Catat Ulasan

0 Ulasan