Kita Kongsi Resepi Apam Johol Guna Daun Rambai

Kita Kongsi Resepi Apam Johol Guna Daun Rambai
Assalamualaikum harini kami nak kongsi resepi Apam Johol dengan anda semua
Jangan kata kami kedekut resepi ya
Bahan bahan :
✔️Daun rambai
✔️300 g tepung gandum
✔️2 sudu marjerin
✔️100 gula merah ( larutkan dengan 1 1/2 cawan air)
✔️2 sudu besar gula pasir
✔️1/2 bungkus ibu roti mauripan


Cara Penyediaan :
1. Satukan marjerin dengan tepung sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan ibu roti dan gula pasir ke dalam tepung.
3. Tuangkan larutan gula melaka yang telah ditapiskan kedalam adunan sedikit demi sedikit.
4. Bancuhan adunan jangan terlalu cair.
5.Perap adunan sehingga naik 2 kali ganda / perap sehingga 3 jam


6. Pastikan sebelum dibungkus dengan daun rambai, daunnya mestilah dipotong dan telah dibersihkan.
7. Sebelum dibungkus dengan daun rambai, permukaan daun hendaklah disapukan minyak masak sedikit kemudian baru diletakkan bancuhan adunan.
8. Letakkan 3/4 penuh adunan pada daun. Ini kerana adunan akan mengembang apabila dikukus.
9. Kukus kuih selama 15 minit atau sehingga masak.
SELAMAT MENCUBA SEMUA
*Gambar dibawah adalah bancuhan untuk 400pcs Apam Johol ye
By KT APAM JOHOL
LIKE DAN SHARE

Catat Ulasan

0 Ulasan