Tart epal hijau.Dengan inti epal...memang Lain Dari Yang Lain

Tart epal hijau.Dengan inti epal..memang Lain Dari Yang Lain
DOH TART

2 SUDU BESAR SUSU PEKAT
SECAWAN BUTTER
(Guna yg salted)
2 SUDU MINYAK SAPI
3½ CAWAN TEPUNG GANDUM
2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG
2 SUDU BESAR TEPUNG KASTARD
SEBIJI KUNING TELUR
PEWARNA HIJAU EPAL

Mula-mula,kacau butter dengan susu pekat.Pakai senduk je.kacau sampai sebati sahaja.Jangan kacau lama nanti doh kembang time bakar.Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla.

Kacau lg sampai sebati kemudian tambahkan tepung jagung,tepung kastard Dan tepung gandum.Gaul hingga jadi doh.

INTI EPAL HIJAU
10 BIJI EPAL HIJAU
SEBATANG KULIT KAYU MANIS
2 CAWAN GULA HALUS
PEWARNA HIJAU

Buang kulit epal,kemudian blender sampai halus.Masak atas api bersama kulit kayu manis.Bila dah agak Kering airnya,barulah campurkan gula Dan masukkan pewarna.

Gaul lagi sehingga likat.Biarkan sejuk semalam baru guna.Inti akan jadi pekat.

Untuk hiasan boleh cairkan coklat putih dan drizzle kan atas tart yang dah siap dibakar.
Selamat mencuba
kredit: dhia ariana

Catat Ulasan

0 Ulasan