Resepi Biskut Kacang Gebu Di Hari Raya

Resepi Biskut Kacang Gebu Di Hari Raya 
Bahan-bahan:

500 gram kacang tanah
500 gram tepung gandum
370 ml minyak jagung Mazola
280 gram gula castor
2 sudu teh baking powder
Untuk sapuan di bahagian atas , satu biji kuning telur dicampur dengan sedikit serbuk pewarna kuning.
Cara-cara:
#1: Panaskan kuali pada api sederhana, masukkan kacang dan goreng tanpa minyak , selepas kacang siap digoreng, buangkan kulit dan blender kering kacang. Ketepikan.
#2: Dalam sebuah bekas , masukkan gula kastor, kacang tanah tadi , tepung gandum yang telah diayak dan baking powder. Kacau sebati terlebih dahulu , selepas itu gaul dengan memasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibentuk menggunakan tangan dan sebati.
#3: Bentukkan doh menjadi bulat – bulat yang kecil dan tekan permukaan atas dengan menggunakan jari. Susun di dalam dulang pembakar , dan gliss atau sapu kuning telur . Boleh juga lekatkan kacang tanah yang kecil untuk hiasan.
#4: Panaskan oven pada suhu 175’C selama 5 minit , selepas itu masukkan dulang pembakar dan bakar pada suhu 175’C selama 20 minit atau permukaan biskut menjadi kekuningan.
Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
LIKE & SHARE

Catat Ulasan

0 Ulasan