Guna Cara Ini,Jadikan Membuat Tart Nenas Kerang Semakin Mudah

Guna Cara Ini,Jadikan Membuat Tart Nenas Kerang Semakin Mudah
TART NENAS KERANG
(100 biji)
Bahan-bahannya:
Bahan A

1 1/2 cawan butter
1/2 cawan margarine
6 sb susu pekat (nak guna susu tepung pun boleh- manis buah aje...just nice)
1 biji kuning telur
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning

Bahan B
4 sb tepung jagung
4 sb tepung kastard
4 cawan tepung gandum(ayak dulu) - anggaran sahaja..kalau lembik tambah lagi sikit)

Bahan C
untuk sapu atas tart
kuning telur
pewarna kuning
jem nenas secukupnya
acuan tart kerang

Cara:
Mix sebati bahan2 A - guna senduk sahaja asal sebati
Masukkan tepung jagung, tepung kastard dan dua cawan tepung gandum dulu.
Mix dan uli..tambah lagi tepung gandum sedikit demi sedikit...sampai jadi doh yang tak melekat di tangan.
ambil sedikit doh..masukkan inti jem nenas dan terap menggunakan acuan kerang.
Susun dalam tray yang dah disapu margerin
sapu kuning telur atas permukaan tart kita.
Panaskan oven 5 minit dengan suhu 160
Bakar selama 20 - 25 minit.
SEDAP TAU

Catat Ulasan

0 Ulasan