CARA BUAT CUCUR KENTANG IKAN BILIS

CARA BUAT CUCUR KENTANG IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:

4 biji ubi kentang – dipotong dadu & tak perlu rebus
Ikan bilis secukupnya – boleh juga ganti dengan isi ikan tenggiri potong dadu /isi udang atau isi ayam
Sedikit hirisan kacang panjang, daun sup, daun bawang, cili merah & lobak merah
1 biji bawang Holland / bawang merah – potong dadu
Bahan perasa secukupnya
1/2 gelas air sejuk (dari peti ais)
4 sudu makan tepung beras
3 sudu makan tepung gandum

CARA MEMASAK:

1. Campurkan semua bahan ke dalam bekas dan adun hingga sebati
Resipi ini tidak menggunakan banyak air dan tepung. Tepungnya hanya cukup setakat untuk menyaluti kentang.
3. Sudukan adunan dan goreng hingga keperangan.
4. Angkat, toskan minyak dan bolehlah dinikmati bersama sos kegemaran.



Kredit resipi & foto: Nana Sabrina Sarsan

Catat Ulasan

0 Ulasan