Ikan Goreng Tauchu Bersama Timun YUMMY YUMMY

Ikan Goreng Tauchu Bersama Timun YUMMY YUMMY


Bahan2:


4 keping ikan senangin(nak guna ikan lain pun boleh- cth: tenggiri, kerisi, bawal...)
2 sudu besar tauchu manis
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 biji cili merah - hiris
1 inci halia - hiris
1 sudu kecil asam jawa adabi
1 cawan air
5 tangkai cili padi
1/2 biji timun - potongan acar rampai
Garam dan gula secukup rasa

Cara2:

Gaulkan ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dahulu dan ditoskan...ketepikan..

Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi. Masukkan cili merah dan cili padi.

Kemudian masukkan tauchu, dikacau sebentar sebelum masukkan air, air asam jawa. Masak hingga mendidih dan masukkan garam.. Masukkan juga secubit gula.. Kalau menggunakan tauchu masin, hati2 ketika masukkan garam ye..

Bila mendidih, masukkan ikan dan timun sekejap sahaja. Sesuaikan rasa, jika air kurang boleh ditambah air ye..

kredit resepi Adnilsam Apat


Catat Ulasan

0 Ulasan