PEMBUKA SELERA HARI INI ....IKAN BAKAR PETAI


PEMBUKA SELERA HARI INI ....IKAN BAKAR PETAI


Bahan- Bahan Yang Digunakan:

Ikan Siakap - 1 Ekor di bersihkan dan perahkan lemon di atas permukaan Ikan.
Minyak Zaitun - 7 sudu besar
Bawang Putih - 5 ulas diketuk
Bawang Merah - 10 ulas *
Serai - 2 batang *
Buah Keras - 2 biji *
Rempah Kari - 2 sudu besar
Halia - 1 inci *
Lengkuas - 1/2 inci *
Lada kisar ( lada kering yang dikisar) - 4 sudu besar
Air Asam Jawa - 3 sudu besar
Kicap Pekat - 1 sudu besar
Belacan Bakar - 1/2 sudu
Gula dan Garam
Daun Limau - Dihiris halus
Daun Kunyit - Di hiris halus
Kacang Bendir
Petai

Penyediaan Minyak Bawang Putih


Basuh Bawang putih bersama dengan kulitnya sekali dan diketuk.
Masukkan minyak zaitun ke dalam kuali, setelah panas masukkan bawang putih.
Goreng bawang putih bersama dengan kulitnya sekali sehingga garing dan asingkan minyak dan bawang putih.

Penyediaan Sambal Ikan Bakar

Kisar bahan yang bertanda (*) bersertakan dengan bawang putih yg digoreng tadi.
Setelah itu dicampurkan dengan rempah kari,lada kisar,air asam jawa,belacan, kicap pekat dan belacan bakar. Gaul sehingga sebati campuran tersebut.

Campuran ini ditumis sehingga garing dan naik bau dengan menggunakan sedikit minyak bawang putih. Jangan habiskan minyak tersebut kerana bakinya akan di gunakan nanti. Perasa sambal tersebut dengan garam dan gula. Kalau ada serbuk perasa bolehla di letakkan sedikit.

Ambil aluminium foil dan sapukan sedikit sambal di permukaannya dan di letakkan ikan dan dilumurkan dengan sambal sehingga sekata dan tuangkan baki minyak bawang putih ke atas ikan.

Taburkan daun limau dan daun kunyit yang telah dihiris ke atas ikan yang telah siap dilumur.
Balut aluminium foil dan masukkan ke oven pembakar dengan suhu 200 celcius selama 30 minit.

Setelah masa cukup 30 minit, keluarkan dan taburkan petai dan kacang bendir di dalam foil dan dibiarkan terdedah supaya sambal menjadi sedikit kering semasa di bakar. Teruskan pembakaran selama 10 minit dan bolehlah dikeluarkan dari oven pembakar dan bolehlah di hidangkan.

Catat Ulasan

0 Ulasan