Nasi Peroi, Tidak Lembik Dan Berketul..Ikuti Tips Terbaik Buat Nasi Goreng Lebih Sedap

Nasi Peroi, Tidak Lembik Dan Berketul..Ikuti Tips Terbaik Buat Nasi Goreng Lebih Sedap
Pernah tak masak nasi goreng tapi hasilnya tak sesedap makan nasi goreng di restoran, padahal dah ikut resipi. 


Ehh jangan salahkan resipi semata, kadang-kadang cara  masak atau kualiti bahan digunakan yang korang guna tu tidak itu mempengaruhi hasil nasi goreng  korang.  

Nasi goreng  ni memang nampak mudah dimasak tapi sebenarnya kena ada cara. 

Nak tahu apa dia, korang baca tip ini.


Nasi Peroi, Tidak Lembik Atau Berketul.
Perkara penting sebelum masak nasi goreng pastikan nasi dari beras yang berkualiti,  nasinya peroi dan tidak lembik atau berkepal-kepal dan telah dimasak sehari sebelum atau sudah sejuk. Nasi panas biasanya mempunyai tekstur sedikit lembik. Sebaiknya untuk sarapan pagi, korang masak malam.


Guna Kuali Lebih Besar
Untuk memudahkan  mengacau nasi supaya sebati dengan  bahan tumisan, anda perlu gunakan kuali yang lebih besar, masa yang sama nasi tidak tumpah keluar dari kuali.

Besarkan Api Selapas Nasi Sebati Dengan Bahan Tumisan
Rahsia kebanyakan nasi goreng restoran agak istimewa adalah aromanya yang datang  penggunaan api besar selepas nasi sudah sebati dengan bahan tumisan.    Kacau terus hingga garing tapi jangan sampai  hangus.   Apabila korang nampak asap pada nasi goreng dan ada aroma sedap maka nasi goreng sudah masak. Tutup api dan hindangkan.

Jangan Terikat Dengan Resipi Sangat
Masaklah nasi goreng ikut kreativiti korang. Jangan terikat dengan resipi, ia hanya sebagai panduan selebihnya ikut cita rasa korang sebagai bahan sampingan. Tak kisah nak masuk ayam, sotong, udang, sayur atau cili lebih.

Rasanya, kalau ikut empat petua ni, gerenti nasi goreng korang sedap dan tak rugi mencuba, untuk terus praktik ini dikongsikan satu resipi nasi goreng



NASI GORENG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
  • 2 mangkuk nasi
  • 100gm  sudu ikan bilis halus
  • 3 ulas bawang merah | cincang halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 biji cili padi | hiris halus
  • 1/2  batang lobak merah | dadu halus
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan perencah Nasi Goreng Kampung
  • Garam secukup rasa
  •  Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SAMPINGAN:
  • Keropok Nasi
  • Ikan bilis goreng
  • Telur dadar
CARA MEMASAK:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
  3. Masukkan sos tiram, perencah nasi goreng , kacau rata.
  4. Seterusnya masukkan nasi gaul rata kemudian perasakan dengan garam secukup rasa.
  5. Setelah cukup rasa taburkan ikan bilis goreng, gaul rata dan tutuk api.
  6. Hidangkan nasi goreng dengan telur dadar dan ikan bilis goreng.
sumber:majalah Rasa

Catat Ulasan

0 Ulasan