Tart Telur Roti Sandwich,Sedap Mudah Dan Senang

Tart Telur Roti Sandwich,Sedap Mudah Dan Senang
Roti sandwic memang banyak guna. Selain dimakan begitu sahaja, boleh juga hasilkan makanan-makanan lain.

 Biasanya bila ada lebihan roti ni, hidangan Puding Roti yang menjadi pilihan. Tapi rupanya boleh buat Tat Telur tau! 

Memang mudah. Jom cuba!

TAT TELUR GUNA ROTI SANDWIC

BAHAN-BAHAN:
  • Roti putih secukupnya
BAHAN INTI:
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu makan tepung kastard ( empunya resipi guna tepung jagung)
CARA MEMASAK:
1. Lenyekkan roti sandwic dan potong bulat. Letak dalam paper cup. Jika ada acuan tat, boleh tekap guna acuan tersebut. Bakar pada suhu 200C selama 5-8 minit.



2. Untuk inti,satukan semua bahan dan kacau hingga gula larut. Tapis.
3. Tuang adunan ke dalam roti yang telah dibakar tadi.
4. Bakar tat sekali lagi pada suhu 180C selama 30 minit menggunakan api atas bawah. Bila 5 minit terakhir, masak guna api atas sahaja.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.


Kredit resipi & foto: Are Peace

Catat Ulasan

0 Ulasan