Pastikan Anda Lakukan Ini Sebelum Membakar Kek

Pastikan Anda Lakukan Ini Sebelum Membakar Kek
Menyediakan kek mungkin tampak senang.

Namun, jika tersilap langkah, kek tidak akan terhasil dengan elok seperti yang diinginkan. 

Berikut adalah sedikit panduan asas buat anda yang inginkan hasil kek yang sempurna setiap kalinya.

  1. Kesemua bahan yang hendak digunakan perlu berada dalam suhu bilik.
  2. Pastikan saiz telur yang digunakan adalah mengikut resipi. Berat telur dianggarkan berbeza lebih kurang lima ke 10 gram bagi setiap saiz. Jika panduan resipi memerlukan banyak telur, mungkin akan memberi kesan pada hasilnya nanti.
  3. Mangkuk yang digunakan harus lah bersih dan kering untuk mengelakkan ketulan di bahagian bawah adunan.
  4. Tambahkan sedikit garam sebagai stabilizer semasa membuat meringue.
  5. Pastikan loyang yang tinggi tidak dibakar dengan suhu yang tinggi.
  6. Campurkan sedikit buttermilk ke dalam adunan. Jika tiada buttermilk, campurkan satu sudu besar cuka kepada satu cawan susu. Tunggu sehingga curdle. Kemudian, masukkan ke dalam adunan.
  7. Susu yg terbaik untuk butter base ialah pada suhu 180 darjah Celsius.
  8. Untuk mendapatkan kek yang lembut, bakar kek di dalam loyang yang rendah. Jangan bakar lama.
  9. Jika kehabisan telur, anda boleh cuba gunakan pisang masak. Sebiji telur bersamaan dengan seprauh pisang.
  10. Letakkan sekeping roti di atas kek yang telah siap dibakar. Ini bertujuan untuk mengelakkan kek daripada kering. Roti akan mengeras, tetapi kek akan masih lembut.
  11. Jika sebahagian kulit telur termasuk ke dalam mangkuk, gunakan kulit telur untuk mengangkat serpihan kulit telur yang terjatuh tadi. Atau anda boleh juga basahkan jari dan celup ke dalam telur. Kulit telur itu akan melekat pada jari.
Tip oleh: Chef Intan Syariza Mohd Zaki

Catat Ulasan

0 Ulasan