TART NENAS ROSALINDA

TART NENAS ROSALINDA


Bahan-bahan:

250gm mentega
40gm gula kastor
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
370gm tepung gandum
30gm tepung jagung
Jem nenas secukupnya - beli ready made dan gentel bulat-bulat

Cara:

1. Satukan mentega, susu pekat manis dan gula, pukul sehingga berkrim. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, gaul sehingga sebati.
2. Masukkan tepung yang diayak, uli sehingga adunan tidak melekat di jari.
3. Canaikan di antara 2 keping plastik dan terap menggunakan acuan yang disukai. Letakkan jem nanas di tengahnya.
4. Bakar di dalam oven di rak tengah pada suhu 160'C selama 15-20 minit. Keluarkan dari oven. Sejukkan dahulu.
5. Untuk menghias, picit royal icing putih di atas jem, 4 jalur melintang dan 4 menegak. Picit 2 dot ditepi tat dan letakkan bunga gumpaste kecil, picitkan royal aising hijau untuk daun.

Bahan royal aising:

1 biji putih telur
1 cawan gula aising - diayak
1 sudu teh jus lemon
Pewarna hijau
Nozle daun & piping bag

Cara:

1. Pukul putih telur sehingga berbuih, masukkan gula aising dan jus lemon, putar sehingga sebati dan kental.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi masukkan pewarna hijau untuk daun.
3. Jika agak likat, masukkan beberapa titis air sehingga boleh dipicit dengan nozzle.

No comments