SUP TULANG MERAH BERSAMA NASI PANAS

SUP TULANG MERAH BERSAMA NASI PANAS


Bahan-bahan:


1kg daging/tulang (kambing/lembu)
1 tin kecil tomato puri
1-2 biji buah tomato
2 sb rempah sup merah (kalau x de, rempah kari daging pun boleh)
3 sb gula (blh ditambah ikut rasa masing2)
3 sb chilli sos (blh ditambah)
1-2 btg serai (dititik dlm rebusan tulang tadi)
Air secukupnya
sedikit garam
sedikit minyak (utk menumis)

Bahan kisar:

10 tgkai cili kering (nak pedas blh lebihkan)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1" halia
1" lengkuas (optional)

Caranya:

Tulang kambing digaul dgn tepung terlebih dulu (utk hilang bau hamisnya) dan dicuci. (Kalau lembu x perlu digaul dgn tepung). Rebus tulang tersebut dengan titikkan serai (2 btg), bawang putih (2 ulas) & halia (1"). Didihkan sehingga masak.

Sementara itu, tumis bahan yg telah diblender dgn sedikit minyak, masukan tomato puri, rempah kari dan tumis hingga garing. Letak chili sos & gula lalu dimasukan air diikuti dgn garam. Bila dah agak nak mendidih masukkan buah tomato dan biar sehingga betul2 mendidih dan agak pekat. (Bagi yg suka blh juga letak carrot/kentang). Setelah masak boleh dihidangkan dan taburkan bawang goreng & daun sup. Sedap dimakan panas2

No comments