Resepi Ikan Bakar Sambal guna air fryer je..

Resepi Ikan Bakar Sambal guna air fryer je..

Bahan A
1/2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit kunyit
Sedikit lengkuas
2 batang serai
1 biji cili padi
Sedikit belacan
👆kisar semua bahan di atas

Bahan B
Cili kering (nak pedas letak lebih sikit)
👆kisar hingga lumat

Bahan C
Asam jawa
Gula melaka
Daun kesum
Sedikit air
Sedikit garam

Cara-cara :
1. Tumis bahan B hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan A, tumis lagi hingga pekat.
3. Selepas tu masukkan bahan C.
4. Kemudian lumurkan kat ikan(letak sikit garam kat ikan).
5. Balut ikan dengan daun pisang.
6. Masukkan ke dalam bakul air fryer.
7. Kemudian setkan air fryer 170 darjah selama 10 minit jer!
8. Selepas 10minit. Ikan bakar kita dah siap masak. Sedia untuk hidangan berbuka. Kalau nak letak perahan limau kasturi kat ikan bakar kita tu lagi sedap. Perggghhh! ..
Ps: Orait!, nanti panjang-panjangkan lah resepi ni kat sesiapa yang minat makan ikan bakar sambal ye.

kredit:resepi lauk harian

Catat Ulasan

0 Ulasan