RESEPI DAGING GORENG PEDAS SIMPLE YAAMAT

RESEPI DAGING GORENG PEDAS
Bahan-bahan:

-DAGING 800 g. 
-Biji Ketumbar 5 sudu di kisar atau ditumbuk
-Bawang Putih 4 ulas di kisar Kering
-Lada Hitam 1 sudu besaf dikisar
-Sos Tiram 2 sudu besar
-Garam secukup rasa
- Masukan 2 sudu besar Madu Lebah
-Butter atau majerin untuk menumis
( Gaul daging dengan semua bahan kecuali butter dan bawang putih.. Perap 30 minit atau 2 jam

Bahan-bahan untuk sos:
-Serbuk cili thai 4 Sudu
-Gula kabung atau somtam jika tiada pakai gula putih 2 sudu besar
-Air Limau Nipis 2 sudu besar
-Air Asam Jawa 3 Sudu besar
-Kicap sotong atau sos ikan
-bawang kecik merah 3 ulas di hiris
-Daun ketumbar dan Daun Bawang
( Campurkan semua)

Cara Masak
1. Panas butter
2. Masukan 5-7 biji Cili Padi
3. Masukan 1 inci Hirisan Halia
4. Masukan daging
5. Selepas daging nampak kering masukan sos
6. Masukan Hirisan Bawang Holand/Kuning/besar merah
7. Bila dah masak taburkan daun ketumbar dan Batang daun bawang
Credit : Azahari Abdullah 

Catat Ulasan

0 Ulasan