Puding Roti Marble,boleh buat untuk raya

Puding Roti Marble..puding mudah sangat..boleh buat untuk raya
Bahan (loyang 8x8)

4 keping roti
1 tin susu cair
2 biji telur
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar esen vanilla
(semua blender hancur/halus)
20gm agar agar tali
5 cawan air
3/4 cawan gula
Cara²:
1) Masak agar² dengan air hingga larut agar2..masukkan gula..kacau² serata
2) Kemudian masukkan bahan blend..sentiasa kacau sehingga agak² pekat..tutup api
3) Bahagi kan adunan agar² 3-4 bekas..warnakan ikut suka
4) Sudukan setiap warna berselang seli dalam loyang dan bertindan² sehingga habis adunan..kemudian lorek dengan lidi..bekukan..masuk dalam peti sejuk
5) Kemudian potong..hidang sejuk²..sedap
credit : Zura Zul

No comments