Mini Chocolate Cheese Tarts Comel


Mini Chocolate Cheese Tarts Comel



Bahan Pastry Tart

60gm gula ising
250gm tepung gandum
125gm mentega sejuk di potong dadu
1 biji kuning telur
1 sudu besar air sejuk
1/2 sudu teh esen vanila/esen badam

Cara-cara

1. Satukan gula ising dan tepung gandum. Dengan menggunakan hujung jari, ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.

2. Masukkan kuning telur, esen vanila, gaul sebati di ikuti oleh air sejuk. Uli hingga menjadi doh yang lembut.

3. Rehatkan selama 15-20 minit. Ambil sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tart mini. Trim lebihan dibahagian atasnya.

4. Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.

5. Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu kulit tart.

Chocolate Cheese Filling

250gm cream cheese (suhu bilik)
50ml UHT whipping cream
80gm coklat masakan (dicairkan)
1/2 sudu besar coklat emulco
60gm gula ising
60gm mentega
1 biji telur

Hiasan : 50gm coklat masakan di cairkan (Masukkan ke dalam piping bag,
gunting muncungnya)

Untuk di tabur : Manik berwarna, chocolate chips, chocolate rice.

Cara-cara :
1. Pukul cream cheese bersama gula ising, mentega hingga sebati. Masukkan telur, coklat masakan, coklat emulco dan whipping cream, putar sekejap hingga adunan sebati dan tidak berketul. Masukkan ke dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya.

2. Picit adunan cheese ke dalam kulit tart dan bakar sekejap selama 5-8 minit.

3. Biarkan sejuk dahulu 2 hingga 3 jam, baru di picit dengan coklat masakan cair dan hias dengan bahan hiasan di atasnya.

No comments