ENAKNYA APAM KAMPUNG GULA MERAH

Selamat Mencuba ya...
KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE”
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda) TQ ^^
APAM KAMPUNG GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan nasi sejuk
2 sudu besar tapai nasi
1 cawan air gula merah
1/2 cawan gula pasir (ikut siapa suka manis boleh tambah )
3 cawan air
11gm yis
Kelapa parut putih (letakkan secubit garam)

CARA MEMASAK:
Kisar nasi, tapai nasi dan gula hingga hancur.
Masukkan tepung gandum, tepung beras dan yis.
Selepas itu adunan yang dikisar tadi. Masukkan air gula merah dan kacau perlahan supaya adunan tidak bergentel
Kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak sedikit pekat dan tidak cair. Ikut sukatan air yang sepatutnya.
Sediakan bekas yang diletakkan sedikit minyak dan masukkan dalam acuan kesukaan anda. Jangan penuh sangat sebab akan berkembang.
Panaskan kukusan dan kukus hingga masak dalam anggaran 25 minit.
Hidangkan bersama kelapa putih yang diletakkan sedikit garam.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Rohani Ronnie

Catat Ulasan

0 Ulasan