BAWAL EMAS BERSALUT PETAI MASAK PEDAS

BAWAL EMAS  BERSALUT  PETAI MASAK PEDAS
••••••••••••••••••••••••••••••••••••


•Bahan-Bahan


Ikan bawal emas 1 ekor (goreng dulu)
Petai 1 cawan
Daun limau purut 5 helai (hiris)
Sos keropok izyan 4s
Sos Plum 2sb
Sos tiram 1sb
Gula perang


•Bahan Tumis
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 4 biji
Serai 1 batang (hiris nipis)
Halia 1 inci
Cili padi 7 tangkai
(semua cincang2 k)
•Cara Menyediakan
1) Basuh ikan pastu kelar2 badan ikan tu,
terus goreng..angkat letak tepi dulu.
2) Buang minyak goreng ikan..tinggalkan
sikit..terus masukkan bahan tumis..kacau2
kejap sampai wangi..
3) Masukkan sos keropok izyan...sos nii
ada jual dkt kelantan je..sedap sangat..
kalau takde guna je sos keropok yg lain,
jangan guna sos cili yg biasa ada tu...
4) Okey masukkan sos tiram, sos plum
dan gula perang..air sikit..kacau2...taruk
petai..daun limau purut..biarkan 1 minit..
pastu curahkan ke atas ikan..siap 

No comments