Step By Step ..Ikut Cara Sally Buat Sendiri Kuih Kuba Guling..Jangan Terkejut

Step By Step ..Ikut Cara Sally Buat Sendiri Kuih Kuba Guling..Jangan Terkejut

Resipi KUIH HITAM / KUBA GULING

Kuih yang viral di Rantau Panjang ni begitu mendapat sambutan seluruh penduduk di negeri Che Siti Wan Kembang malah telah menjadi tanda tanya dan pecah liur pada penduduk di negeri lain juga.
 Dari kecik suka makan. Nama dia kuih hitam tak tahu bila diberi nama glamour Kuba Guling. Arwah abah selalu beli kuih ni setiap kali Sally balik rumah sejak zaman sekolah lagi. Arini Sally buat sendiri. Tak tahan dah duk tengok orang share kat FB. Dah terasa kat tekok ni. 

Jom cuba buat. Senang jer. Air tangan masing-masing. .


Bahan2nya
========
250gm tepung beras
150gm tepung jagung
3 sudu besar tepung pulut
200gm gula kastor
1/2 sudu makan kaput
100ml Air arang tempurung
setengah biji santan. Atau setgh kotak santan kalau pakai santan kotak. Kalau pakai santan fresh, santan tu diperah dan jadikan pekat. Sukatan termasuk dalam 100ml air. Jangan cair plak.
Kelapa parut dicampur sedikit garam untuk menggulingkan kerbau di dalamnya .Jadilah kuih hitam bersalut kelapa parut.
Cara2 membuatnya boleh tengok gambar ye.
Selamat mencuba. 
Proses membakar tempurung. Pastikan tempurung kosong. Cungkil semua baki kelapa dalam tempurung tu. Kalau tak susah nak terbakar. Letak je atas dapur gas ni.

Lepas dah menyala, pindahkan ke dalam bekas besi. Sally guna bekas akok. Biar dia terbakar dan membara di situ.


Tempurung yang sudah membara dan jadi arang.

Sally curahkan air. Dan ambil ketulan arang dan masukkan dalam lesung batu.


Bibik menumbuk arang tempurung. Akak tak leh tumbuk, bergegar-gegar baby dalam perut ni haaa..


Lepas tumbuk lumat. Masukkan air.

Tuang air tempurung ke dalam uncang tea. Kalau takde pakai kain bersih je untuk tapis. Sebab debu arang tu agak halus juga.

Tapis dan masukkan dalam bekas. Sally buat 3 tapisan supaya betul2 bebas habuk.
Timbang 250gm tepung beras. Masukkan dalam periuk.
Timbang 150gm tepung jagung, masukkan dalam periuk yang sama. Masukkan juga3 sudu tepung pulut ke dalam periuk yang sama.

Timbang 200gm gula kastor juga masukkan dalam periuk.


Masukkan setengah sudu besar kapur makan. Kapur rumah saya agak kering sikit. Hihi. Belasah je. Masukkan nanti dia hancur bila kita kacau-kacau.

1000ml air atau 1 liter air. Air arang tempurung + santan + air biasa = 1000ml air.


Masukkan air ke dalam bahan-bahan tadi dan kacau.
Masukkan santan setengah kotak.

Kacau rata. Tak buka api lagi masa ni tau. Kacau bagi sebati dulu. Dah sebati baru buka api.

Kacau tampa henti. Api perlahan je tau. Kacau-kacau sehingga likat dan pekat dan berkilat.
Sapu loyang dengan minyak. Sebelum tuang kuih ke dalamnya.



tadaaa.. dah tuang dan biar sehingga mengeras. Kemudian boleh potong2 dan golekkan dalam kelapa yang dah digaul sedikit garam.


kredit resepi Suhaili Mohd Zain

No comments