RESEPI NASI JAGUNG + AYAM MASAK MERAH + JELATAH WARISAN IBU

RESEPI NASI JAGUNG + AYAM MASAK MERAH + JELATAH WARISAN IBU

BAHAN UNTUK NASI JAGUNG:
.
3 cawan beras
1 cawan isi jagung
1 cawan susu cair
Air secukupnya
1sk garam
.
BAHAN TUMISAN:
.
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 tangkai bunga cengkih
2 helai daun pandan dicarik & disimpul
.
BAHAN KISARAN:
.
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
2 cm halia
.
.
CARA MENYEDIAKAN NASI JAGUNG:
.
1. Basuh bersih beras, toskan air, ketepikan.
2. Tumis bahan tumisan hingga wangi & masuk bahan kisar. Masak hingga wangi & kering.
3. Masukkan susu cair, air secukupnya & garam. Masukkan juga beras & jagung. Sukat air guna jari.
4. Pindahkan periuk dlm rice cooker & masak seperti biasa. Sesekali kacau supaya nasi masak sekata.
5. Bila nasi dah kering masukkan hirisan daun sup & kacau2 guna garfu.
.
.
BAHAN UNTUK AYAM MASAK MERAH:.
6 ketul ayam
1 cawan santan pekat
1 cawan air
2 batang serai diketuk
2 keping asam keping
Secukup rasa garam, gula & perasa
.
.
BAHAN KISARAN:
.
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
15 tangkai cili kering direbus
.
.
CARA MEMASAK AYAM MASAK MERAH:
.
1. Lumur ayam dgn garam & serbuk kunyit. Goreng separuh garing. Angkat & toskan minyak.

2. Guna minyak gorengan ayam (buang sikit jika byk) tumis bahan kisar. Masukkan serai & asam keping & masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan gula & biarkan gula caramalised br dikacau. (untuk meghasilkan warna kuah yg menarik)
4. Masukkan santan, air, garam & perasa. Kacau sebati. Masukkan ayam & masak hingga kering. Kacau sekali sekala supaya tak hangit.
.
.
BAHAN UNTUK JELATAH:
.
1/2 batang timun
1/2 batang carrot
1 biji cili merah
1/2 labu bawang besar
3 sb gula pasir
1 sk garam halus
4sb cuka
.
.
CARA MENYEDIAKAN JELATAH:
.
1. Satukan semua bahan & sayuran yg dipotong memanjang. Kacau sebati.
.
Kredit resepi : izanizawati Ismail‎

No comments