ANEKA MINUMAN SEJUK PALING SEDAP & DAN MENYEGARKAN.

ANEKA MINUMAN SEJUK PALING SEDAP & DAN MENYEGARKAN.

Bila penat dan cuaca panas, aneka minuman yang menyegarkan ini memang sangat laris. Sejuk dan memang sedap!
🍹 JUS LIMAU ASAM BOI
BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar gula
3 biji asam boi
3 biji limau kasturi
Air secukupnya
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
Buat air gula dalam periuk kecil. Ketepikan.
Rebus asam boi dalam sedikit air. Ketepikan.
Belah dua limau kasturi. Kisar bersama secawan air dengan kulitnya. Tapis.
Masukkan air yang telah ditapis dalam cawan.
Masukkan air gula, asam boi dan ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Jangan guna air rebusan asam boi dalam minum. Bimbang jika terlalu masam.
🍹JUS MANGGA PUDINA
BAHAN-BAHAN:
2 biji mangga
2 sudu besar yogurt
2 gelas air
1 biji limau kasturi
Sedikit daun pudina

CARA MEMBUAT:
Kupas mangga dan hiris buahnya. Kisar mangga dan yogurt bersama 2 gelas air.
Tuangkan jus mangga ke dalam gelas.
Hiris limau kasturi dan masukkan ke dalam gelas.
Tambah air gula jika suka.
Masukkan ais dan letakkan daun pudina.
INFO CHEF: Mangga harumanis lebih sedap digunakan kerana rasanya yang sedap dan baunya pula harum.
🍹 SIRAP LONGAN MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan gula
1 sudu makan sirap
2 gelas air
6 biji longan dalam tin
1 biji lemon
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
Larutkan gula di dalam air.
Masukkan sirap. Kacau sebati.
Masukkan longan.
Belah 2 lemon. Sebelah diperahkan ke dalam sirap. Sebelah lagi hiris untuk hiasan.
Tambah ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Buat sendiri sirap menggunakan gula, pewarna merah dan daun pandan lebih menyedapkan minuman anda.
🍹 PEPPERMINT LEMONADE
BAHAN-BAHAN:
4 sudu makan gula
Secubit garam
3 batang pudina
500 ml air
2 biji lemon (perah jus dan tapis)
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
Masukkan gula, garam dan pudina ke dalam bekas. Isikan air. Kacau sehingga gula larut dan daun pudina agak hancur.
Masukkan jus lemon.
Tambahkan ais. Siap untuk diminum.
INFO CHEF: Renyuk-renyukkan daun pudina untuk lebih membangkitkan aroma mint dalam minuman.
🍹 SODA SERAI BERMADU
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan madu
1 cawan soda
1 batang serai (diketuk)
CARA MEMBUAT:
Letakkan madu di keliling dinding gelas.
Masukkan soda.
Masukkan serai. Biarkan seketika.
Letakkan ais (jika suka). Sedia untuk diminum.
INFO CHEF: Jika suka, boleh tambah bilangan serai dalam minuman untuk lebih membangkitkan rasa serai.
🍹JUS STRAWBERI LAICI
BAHAN-BAHAN:
5 biji strawberi
1 cawan air
4 sudu makan gula
5 biji laici
Air secukupnya
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
Kisar halus strawberi dengan 1 cawan air dan gula.
Masukkan jus yang telah dikisar ke dalam cawan.
Tambah air jika perlu.
Masukkan laici dan ais. Kacau sekejap. Sedia diminum.
INFO CHEF: Selain laici, boleh gunakan buah manis lain seperti ceri, mangga atau rambutan.

No comments