10 Resipi Lauk Telur untuk dinikmati

10 Resipi Lauk Telur untuk dinikmati

1. TELUR HANCUR SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
1/ 2 biji bawang merah besar | dicincang
100gm sayur campur
20gm isi ayam
10gm daun sup | dicincang
1 sudu makan mayones
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati. Ketepikan seketika.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, sayur campur dan isi ayam sehingga masak.
Kemudian masukkan telur diikuti dengan daun sup. Masukkan sedikit garam.
Kacau telur sehingga menjadi ketulan kecil. Angkat dan hidangkan mengikut citarasa anda.
2. TAUFU TELUR MASAK SOS HAILAM
BAHAN-BAHAN:
2 paket taufu telur | dipotong
1/ 2 ulas bawang merah besar | dicincang
20gm cendawan | dihiris
20gm isi ayam
2 sudu makan kicap pekat
40ml air
1/ 2 sudu makan minyak bijan
Sedikit daun ketumbar
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng tao foo telur hingga garing. Ketepikan.
Tumis bawang merah, isi ayam dan cendawan hingga wangi. Kemudian masukkan sedikit air.
Seterusnya masukkan kicap pekat dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.
Susun taufu yang telah digoreng tadi diatas pinggan dan tuangkan sos keatasnya. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Taufu perlu digoreng terlebih dahulu bagi mengelakkan ia hancur.
3. RENDANG TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur puyuh | direbus dan dibuang kulit
200gm bawang merah | dikisar
20gm bawang putih | dikisar
10gm halia | dikisar
20gm lengkuas | dikisar
50gm serai | dikisar
1 sudu makan cili giling
100gm kerisik
200ml santan
1 sudu makan rempah kari
Sedikit garam dan gula
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
Kemudian masukkan rempah kari dan tumis hingga masak.
Seterusnya masukkan santan dan kerisik. Kacau sehingga kuah menjadi agak kering.
Perasakan dengan gula dan garam dengan secukup rasa.
Akhir sekali, masukkan telur puyuh yang telah direbus. Sedia untuk dinikmati.

4. TELUR MASAK ROS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur | direbus dan dibuang kulit
200gm bawang merah | dikisar
20gm bawang putih | dikisar
10gm halia | dikisar
50gm serai | dikisar
1 sudu makan cili giling
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 tin puri tomato
50gm sos cili
50ml air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan kisar sehingga wangi.
Kemudian masukkan puri tomato, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Kacau rata.
Seterusnya masukkan sedikit air dan juga garam serta gula secukup rasa.
Akhir sekali, masukkan telur dan biarkan didih seketika. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Boleh juga menggunakan telur itik segar untuk resipi ini.
5. TELUR MASAK HITAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur | direbus dan dibuang kulit
200gm bawang merah | dikisar
20gm bawang putih | dikisar
10gm halia | dikisar
50gm serai | dikisar
1 sudu makan cili giling
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 tin sos tomato
50gm sos cili
2 sudu makan kicap pekat
50ml air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Seterusnya masukkan sos tomato, sos cili, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan kicap pekat. Gaul hingga rata.
Kemudian masukkan air dan perasakan dengan garam serta gula secukup rasa.
Akhir sekali, masukkan telur dankacau hingga sebati dengan sos. Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Jika mahukan rasa yang lebih pedas, tambahkan hirisan cili padi.
6. SAMBAL SARDIN DAN TELUR
BAHAN-BAHAN:
1 tin kecil sardin
4 biji telur ayam
50gm cili giling
1/ 2 ulas bawang merah besar | dicincang
20gm cendawan | dihiris
1 sudu makan kicap
1 sudu makan asam jawa | dibancuh bersama 50ml air
Sedikit daun sup
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng telur mata. Ketepikan seketika.
Dengan menggunakan kuali yang sama, tumis bawang merah dan cili giling hingga masak.
Kemudian masukkan hirisan cendawan dan juga ikan sardin.
Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
Tambahkan sedikit kicap dan juga daun sup. Tuangkan diatas telur yang telah digoreng tadi.
7. TELUR GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | digoreng mata
1 biji bawang besar | dihiris
100gm lobak merah | dihiris
6 biji kacang pis
1/2 biji lada benggala | dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, lobak merah, kacang pis dan lada benggala sehingga wangi dan separuh masak.
Kemudian perasakan dengan garam serta gula secukup rasa.
Untuk menghidang, susun telur yang digoreng di dalam pinggan hidangan dan letakkan sayur tadi diatasnya. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Elakkan dari menggoreng sayur terlalu lama bagi mengekalkan khasiatnya.
8. TELUR DADAR GULUNG
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
1 ulas bawang merah besar
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan mayones
50gm sayur campur
Sedikit minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
Pecahkan telur dan pukul menggunakan garfu hingga kembang.
Masukkan hirisan bawang besar, sos cili dan mayones. Kacau lagi hingga semua bahan sebati.
Panaskan kuali dan goreng bancuhan telur tadi hingga masak. Gulungkan.
Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Boleh juga menggunakan hirisan makanan laut untuk rasa lebih enak.
9. TAUFU TELUR KUKUS SOS CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
2 paket taufu telur | dipotong
2 ulas bawang merah | dicincang
20gm cendawan | dihiris
10gm lobak merah | dihiris halus
2 sudu makan kicap pekat
50ml air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Bawang goreng secukupnya

CARA MEMASAK:
Untuk menghasilkan sos, panaskan minyak dan tumis bawang merah, cendawan dan lobak merah hingga lembut.
Kemudian masukkan sedikit air, kicap, garam dan gula secukupnya.
Seterusnya tuangkan sos ke dalam pinggan dan susun taufu diatasnya.
Masukkan ke dalam periuk kukusan dan kukus selama 10 minit.
Hidangkan bersama bawang goreng.
Info Chef: Jika sukakan kuah yang pekat, tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung ke dalam kuah.
10. TELUR PUYUH MASAK PERCIK
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur puyuh | direbus dan dibuang kulit
200gm bawang merah | dikisar
20gm bawang putih | dikisar
10gm halia | dikisar
50gm serai | dikisar
2 sudu makan cili giling
1 sudu teh serbuk kunyit
150ml santan
50ml air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar sehingga betul-betul wangi.
Kemudian masukkan serbuk kunyit dan juga santan. Kacau hingga sebati.
Masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam serta gula secukup rasa.
Akhir sekali, masukkan telur dan kacau rata. Sedia untuk dinikmati.

No comments