Biskut Swiss Tart Pulak

Resepi Biskut Swiss Tart

Bahan-bahan
225 gm butter
120 gm gula ising 
1 biji telur
275 gm tepung gandum
75 gm tepung jagung
1 st vanilla
Badam cincang
Jem strawberry dibeli di kedai bakery (untuk buat tart)
Cara - cara
Pukul butter dengan gula 3 minit,masukkan esen.
Masukkan campuran tepung dan sedikit demi sedikit masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu.Sekiranya adunan masih lembik jangan risau masukkan sedikit lagi tepung.
Sediakan petitin dengan mangkok kertas,paipkan berpusar dengan nozle berbentuk bunga mcm buat semprit ,hiaskan dengan jem dan taburkan badam cincang.
Dibakar hingga masak.
Adunan ini boleh menghasilkan sebanyak lebih kurang 135 biji tart.

No comments