Bila Tak Tahu Nak Masak Apa...Kita Buat Cucur Udang Ranggup Di Luar Lembut Di Dalam

Cucur Udang Ranggup Di Luar Lembut Di Dalam

Resepi :
Bahan-bahan
*Tepung gandum 1/2kilo (tak kisah cap apa)
*Serbuk kunyit sedikit ( jika perlu )
*Garam secubit
*Gula 2 sudu besar
*Telor 1 biji
*Sedikit serbuk soda bikarbonat
Daun Kuchai
Taugeh
Udang - cuci bersih tanpa membuang kulit,kepala dan ekor seperti dalam gambar

Cara-cara membancuh adunan tepung:

Campur semua bahan-bahan bertanda ** gaul-gaul rata kemudian masukkan air sedikit demi sedikit gaul-gaul sampai sebati sehingga hilang ketulan-ketulan tepung,setelah sebati semua baru masukkan daun kuchai,togel dan udang...gaul-gaul rata ketepikan rehatkan doh sebentar anggaran masa setengah jam...

setelah cukup tempoh perapan bolehla di goreng seperti cucur-cucur yang biasa kita buat,lebihkan dan panaskan minyak terlebih dahulu kemudian baru tuangkan aduanan dengan menggunakan tangan..toskan setelah masak

Bahan-bahan untuk kuah kacang:
Setengah kilo kacang tanah yg di goreng tanpa minyak atau disangai,buangkan kulit dan kemudian kisar kering sehingga hancur
*15 biji Cabai kering potong dan rendamkan dengan air sehingga kembang
*Bawang besar 1 labu
*Bawang putih 2 ulas
*Serai 1 batang

Cara-cara membuat kuah kacang:

Kisar semua bahan-bahan bertanda** kemudian masukkan minyak kedalam periuk untuk menumis,setelah itu masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.masak sehingga pecah minyak kemudian masukkan air dan kacang tanah yang dikisar,anggaran air mengikut kepekatan citarasa kuah masing-masing,masukkan gula,garam secukup rasa dan bahan perasa jika perlu..masak sehingga pecah minyak dan betul-betul masak,kemudian tutup api siap!!.. dan boleh d hidangkan bersama cucur udang tadi
Selamat mencuba semua,semoga berjaya👍👍
Kredit resepi ini kpd mazitah ahmad nur solehah 

No comments