Murtabak Kulit Popia

Murtabak Kulit Popia

Menu berbuka kami hari ini. ...

Kita pun terjebak gak buat Murtabak Popia Simple...sekeping dah hbis di kerjakan anak dara kenik yg tk pose....hihihi....
Save dah kita....kurangkan membeli kat bazar....buat sndri lagi puas hati kan...keberkatan lagi bila di temani anak mengaji..alhmdlah
BAHAN2 INTI
Dr dapur Sha Roziah Al Yahya
3 keping daging burger @ daging / ayam cincang
1 biji bawang besar potong dadu
1 ulas bawang putih
1 sdb rempah kari daging
1 sdb rempah kurma
3 biji kentang potong dadu( rebus hingga lembut)
Daun sup
Sedikit kiub daging/ayam
Cara2
Tumis kan bawang yg di potong dadu hingga naik bau...
Masukkan rempah kari + rempah kurma (bancuh dengan air)...tumis hingga pecah minyak.
Baru masukkan daging burger yg telah di hancurkan...
Lepas tu masukkan kentang yg telah di rebus tadi..dan letakkn sedikit air...masak hingga kering.
Akhir sekali perasakan dgn garam + gula dan perasa.
Telur 2biji
Sekatakan dan sudukan dlm inti (rujuk pada gambar di bawah)
★Letakkan inti di tengah2 kulit popia yg di ltak secara menyerong...sudukan telur di atas inti tersebut dan lipat kan kulit popia ( rujuk gambar di bawah )...Gunakan minyak yg sedikit sahaja utk mngorengkannya...api kecil ya★

Catat Ulasan

0 Ulasan