KUIH SIPUT tukar jadi KUIH GARFU

KUIH SIPUT tukar jadi KUIH GARFU

Ini resepi unt percubaan ye...akk buat sikit2 je untuk makan sendiri. Klo nak buat banyak sila gandakan resepi.
🍭 Bahan2 :
* 100 grm tepung gandum
* 20 grm marjerin dicairkan
* 1 ulas bawang putih
* sedikit udang kering
* perisa (akk guna Maggi cukup rasa) dan sedikit garam
* daun kari hiris halus


🍭 Cara2 :
* goreng udang kering & bwng putih kemudian tumbuk lumat
* masukkan bahan tumbuk, daun kari, perisa, garam dlm tepung gandum dan gaul sebati
* tuang marjerin cair sedikit2, uli hingga adunan tak lekat (klo adunan masih keras boleh bubuh sedikit air)
* ambil sedikit adunan dan tekan atas garfu kemudian gulungkan
* goreng hingga keperangan
credit : Eka Zahra‎ 

Catat Ulasan

0 Ulasan