RESEPI ROTI KOBIS ASLI DARI TERENGGANU

RESEPI ROTI KOBIS ASLI DARI TERENGGANU

Bahan-bahannya : 
BUNGA KOBISSumber: Buku Hidangan Warisan Kita
Kiriman :
 
DianaA

Bahan A (Kulit)300 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur
75 gram minyak sapi
garam secukup rasa
air secukupnya

Bahan B (Dikisar Halus)2 sudu makan ketumbar serbuk
1 sudu makan jintan kasar
1 sudu makan jintan manis
2 ulas bawang putih
3 kuntum bunga cengkih
2.5 cm halia
2 cm kulit kayu manis
garam secukupnya

300 gram daging lembu, dicincang halus
300 gram bawang besar, dihiris
200 gram daun sup dan daun bawang, dihiris
5 biji lada merah, dibuang biji dan dihiris halus
50 ml minyak
3 biji telur
450 ml minyak
600 gram tomato, digubahh menjadi bunga matahari
600 gram daun salad, dipetik sekelopak-sekelopak

Cara-caranya

1. Kulitnya: Gaulkan tepung dengan minyak sapi serta telur hingga rata. Masukkan garam dan air secukupnya lalu ulilah hingga lembut seperti menguli tepung epok-epok.

2. Bahagikan adunan ini kepada enam bahagian mengikut peringkat-peringkat, iaitu bahagian kedua lebih sedikit daripada bahagian pertama, bahagian ketiga lebih sedikit daripada bahagian kedua dan seterusnya.

3. Intinya: Panaskan 50 ml minyak. Tumis Bahan B hingga berbau wangi. Masukkan daging dan sedikit sahaja air untuk mengempukkannya. Apabila daging sudah empuk, angkat dan gaulkan dengan daun sup dan daun bawang, bawang dan lada merah. Gaul rata-rata. Bahagikan inti ini kepada enam bahagian, sama seperti membahagikan kulitnya tadi.

4. Pecahkan 3 biji telur dan kacau perlahan-lahan.

5. Panaskan 450 ml minyak kelapa di atas api yang sederhana.

6. Sementara itu canaikan tepung yang diuli tadi bahagian yang paling kecil, bubuh inti (bahagian yang sedikit juga) dan siramkan dengan sedikit telur lalu dipunjutkan atasnya (kulit tepung membaluti intinya). Gorenglah hingga masak dan kekuning-kekuningan.

7. Sementara yang digoreng tadi setengah masak, canaikan bahagian kedua tepung kulit, bubuh inti dan siramkann lagi dengan telur. Kemudian bubuh bahagian yang digoreng tadi diatasnya lalu dipunjutkan lagi tepungnya menutupi intinya. Gorenglah bahagian ini hingga garing dan masak. Ulang lagi proses ini sehingga kesemua bahagian habis. Hendaklah diingat supaya menggunakan api yang sederhana sahaja ketika menggoreng ini kerana dikhuatiri kuih akan hangus tetapi mentah didalam.

8. Untuk menghidangkannya, susun daun salad di atas pinggan. Letakkah kuih yang sudah dimasak tadi. Potong lapan bahagian tetapi jangan diputuskan. Bukakan potongan-potongan itu seperti bentuk kobis. Selang-selangkan kelopak-kelopak itu dengan tomato yang dibuat bunga.

Catat Ulasan

0 Ulasan