POPIA SIMPUL KASIH


POPIA SIMPUL KASIH


Bahan serunding:

1 biji kelapa parut
3 sudu besar udang kering - direndam sampai lembut, tos dan dikisar halus
2 sudu cili kisar

Bahan kisar:

8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu ketumbar - dikisar kering
1/2 sudu jintan manis/jintan kasar - dikisar kering
1/2 sudu jintan putih/jintan halus - dikisar kering

Bahan lain:

1/3 sudu serbuk kunyit
1/4 cawan air asam jawa
3 helai daun limau purut
Garam gula secukup rasa
Kulit popia secukupnya

Cara:

1. Gaul kelapa parut dan serbuk kunyit sampai sebati. Sangaikan dalam kuali sekejap.
2. Masukkan sedikit minyak didalam kuali dan panaskan. Tumiskan semua bahan bahan kisar halus sampai naik bau yang harum.
3. Masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak. Guna api perlahan.
4. Masukkan garam gula secukup rasa. Kemudian masukkan daun limau purut, kacau sampai masak.
5. Akhir sekali masukkan kelapa yang telah disagai sekejap tadi dan masak sehingga kering. Kemudian sejukkan.
6. Ambil ulit popia dipotong segi empat kemudian potong 2 jadikan segi tiga, isi serunding udang dihujung dan gulung. Kemudian temukan kedua-dua hujungnya dan simpul sekali seperti riben.
7. Goreng guna minyak yang banyak. Guna api sederhana dan sentiasa kacau kerana mudah hangus.

Catat Ulasan

0 Ulasan