KUIH ROPA INTI KENTANG DAGING

KUIH ROPA INTI KENTANG DAGING


Bahan utk Inti

500g daging/ayam cincang
5 biji ubi kentang memanjang/dadu
2 labu bawang holland ~ dadu
2 ulas bwg Putih diracik halus
2 s/b serbuk kari/kurma
1 s/b serbuk lada hitam ~ ikut citarasa
3 kuntum Bunga lawang 6 biji cengkih
3 biji pelaga Hindi 2 btg kulit kayu manis
3 tangkai daun kari
Garam Gula Air secukupnya.
Lebih kurang inti karipap la



Caranya
1.Tumis rempah kasar daun Kari dah naik bay msukan bwg bsr bwg putih hingga layu. Masukkan pes rempah yg di + air sikit dah npk garing Masukkan air 1/2 cwn Masukkan garam serbuk secukup rasa magie serbuk lada hitam n gula, ikut citarasa masing2 Ya dah mendidih Masukkan daging cincang npk daging dah msak Masukkan ubi kentang. Gaul sebati.
Masak hingga Ubi empuk. Sejukkan. 



Bahan utk Kulit
1/2 kg gandum
1 biji telur
Air secukupnya
Secubit garam


Caranya

1. Masukkan telur, garam, gandum dan air ke dalam pengisar. Kisar semua sehingga sebati. Nak kacau guna tangan pun blh
2. Keluarkan dan kacau adunan. Pastikan tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Sekiranya perlu tambah air sedikit demi sedikit
3. Sapu sedikit minyak pada kuali ~ kalau guna non stick pan x perlu
4. Panaskan kuali, tuang 1 senduk adunan dan ratakan, buat mcm dadar kuih ketayap
5. Bila permukaan mengelembung, angkat tak perlu terbalikkan sebelahnya
6. Isikan inti dan lipat
7. Ulang hingga adunan habis
8. Goreng menggunakan sedikit minyak sehingga garing (guna kuali yg leper lagi bagus tak perlu tenggelam semuanya)
OK dah siap selamat mencuba



Recipe By Xiyans Muhamad

Catat Ulasan

0 Ulasan